Connect with us

Oh! Media

Pemilik Tampil Tanggung Kos, Penempatan ‘Rohingya’ Di Hulu Langat Akhirnya Dirobohkan

Ohmedia rohingya Roboh

Trending

Pemilik Tampil Tanggung Kos, Penempatan ‘Rohingya’ Di Hulu Langat Akhirnya Dirobohkan

Kerja-kerja perobohan rumah ‘Rohingya’ di Hulu Langat dijangka mengambil masa dua minggu.

Kecoh di media sosial beberapa hari ini mengenai binaan haram yang dipercayai dibina untuk penempatan etnik Rohingya.

Bangunan haram itu terbongkar selepas penyampai radio Azad Jasmin secara tidak sengaja menjumpainya ketika tersalah jalan di Hulu Langat, Selangor.

BACA: Pak Azad Terjumpa ‘Flat’ Empat Tingkat Didakwa Dibina Rohingya Di Hulu Langat

IKLAN

Selepas mencetuskan perhatian ramai, penempatan di sekitar bangunan flat yang didakwa dibina secara tidak sah oleh etnik Rohingya itu kini sedang melalui proses perobohan.

Lapor Berita Harian, kerja merobohkan bangunan berkenaan dilaporkan bermula pada jam 11 pagi dan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu untuk diselesaikan.

Pemilik bangunan tanggung kos perobohan

Aerial view of a dense residential area with a yellow outline marking a land parcel beside a river.

Penghulu Kampung Sungai Makau, Karen Chong berkata, keseluruhan kos perobohan itu akan ditanggung oleh pemilik bangunan terbabit.

Pemilik berkenaan dikatakan sudah tampil dan mengambil tanggungjawab susulan isu pembinaan bangunan yang menjadi perhatian masyarakat sebelum ini.

Perkembangan terbaharu ini sekali gus memberi jawapan kepada persoalan mengenai pihak yang perlu menanggung kos bagi merobohkan struktur tersebut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dilaporkan berkata, sebanyak RM600,000 diperlukan untuk merobohkan bangunan yang dikenali sebagai ‘flat Rohingya’ di Sungai Tekali.

Kertas kerja berhubung perobohan bangunan tersebut juga dikatakan telah dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk tindakan lanjut.

Pssttt! Tindakan pemilik mengambil tanggungjawab menanggung kos perobohan wajar dilaksanakan memandangkan isu ini membabitkan pembinaan yang didakwa tidak sah. Semoga proses perobohan berjalan lancar dan pemantauan lebih ketat dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas