Connect with us

Oh! Media

MPKj Sahkan Flat Haram Di Sungai Tekali Tidak Sah

Ohmedia flat Rohingya

Oh! Tidak

MPKj Sahkan Flat Haram Di Sungai Tekali Tidak Sah

MPKj sahkan struktur binaan di Sungai Tekali dibina tanpa kelulusan dan notis sudah dikeluarkan.

Struktur binaan flat haram di Sungai Tekali, Hulu Langat yang tular di media sosial akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.

Majlis Perbandaran Kajang memaklumkan tindakan penguatkuasaan sudah diambil selepas semakan mendapati pembinaan di kawasan itu dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa.

MPKj sudah keluarkan notis ke atas flat haram

Ohmedia flat haram

Menurut MPKj, semakan mendapati pembinaan itu membabitkan Lot 217, Lot 218 dan sebahagian tanah kerajaan yang merupakan rizab sungai bersebelahan Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.

IKLAN

Berdasarkan Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 Pengubahan 2, tapak tersebut dizonkan untuk kegunaan perumahan.

MPKj turut memaklumkan tiada sebarang permohonan dikemukakan melalui Sistem One Stop Centre 3.0 Plus Online MPKj bagi Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan di kawasan terbabit.

Secara ringkasnya, pembinaan bangunan di lokasi tersebut dijalankan tanpa kelulusan MPKj.- Katanya.

Operasi penguatkuasaan dijalankan

Kredit Foto Threads

Dalam kenyataan sama, MPKj berkata pihaknya sudah menjalankan operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan. Notis serta arahan juga sudah dikeluarkan mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Selain itu, lawatan ke kawasan aduan turut disertai MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

MPKj sudah lakukan serbuan pada tahun 2020

View on Threads

Isu struktur binaan di Sungai Tekali ini sebelum ini tular selepas didedahkan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad.

Beliau secara kebetulan melalui kawasan terbabit sebelum merakam video memaparkan keadaan bangunan yang didakwa mencurigakan.

Pssttt! Kalau melibatkan binaan, tanah kerajaan atau rizab sungai, memang tak boleh main buat ikut suka. Apa pun, kita tunggu tindakan lanjut pihak berkuasa sebab isu macam ni bukan kecil, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan keselamatan, undang-undang dan kepentingan orang ramai.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas