Connect with us

Oh! Media

Maksud Hadith Dunia Penjara Orang Mukmin

Umum

Maksud Hadith Dunia Penjara Orang Mukmin

SOALAN:
Berkenaan hadith yang berbunyi: ‘Dunia penjara orang beriman dan syurga orang kafir’, apakah maknanya?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Hadith yang dimaksudkan ini diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda:

الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
“Bermula dunia itu adalah penjara orang mukmin dan syurga orang kafir.” [Riwayat Muslim]

Berkata Imam Nawawi:

معناه: أن كل مؤمن مسجون ممنوع في الدنيا من الشهوات المحرمة والمكروهة مكلَّف بفعل الطاعات الشاقة، فإذا مات استراح من هذا وانقلب إلى ما أعدَّ الله تعالى له من النعيم الدائم والراحة الخالصة من النقصان، وأما الكافر فإنما له من ذلك ما حصل في الدنيا مع قلته وتكديره بالمنغصات فإذا مات صار إلى العذاب الدائم وشقاء الأبد اهـ
“Makna hadith ini ialah sekalian orang beriman di dalam dunia tertahan dan terhalang dari keinginan syahwat yang diharamkan dan yang dibenci syarak dan dipikulkan beban mengerjakan segala ketaatan. Maka apabila mati orang beriman itu rehatlah dia dari perkara ini dan berpindahlah dia kepada apa yang dijanjikan olih Allah Taala baginya daripada segala nikmat yang berkekalan dan keselesaan yang lepas dari segala kekurangan. Dan adapun orang kafir maka hanyasanya bagi mereka segala kesedapan syahwat dan keinginan yang diharamkan di dalam dunia serta sedikitnya dan kotornya dengan segala macam masalah. Maka apabila mati ia jadilah dia kepada azab yang berkekalan dan kecelakaan yang kekal.” (Kitab Syarah Muslim)

Berkata Imam Munawi:

الدُّنْيَا» أي الحياة الدنيا «سِجْنُ الْمُؤْمِنِ» بالنسبة لما أعد له في الآخرة من النعيم المقيم «وَجَنَّةُ الْكَافِرِ» بالنسبة لما أمامه من عذاب الجحيم
“Kehidupan dunia ibarat penjara orang beriman jika dinisbahkan kepada apa yang dijanjikan baginya pada akhirat daripada segala nikmat yang kekal manakala maksud dunia itu syurga orang kafir ialah jika dinisbahkan kepada apa yang ada di hadapan mereka itu daripada azab api neraka.” (Kitab Faidul Qadir)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas