Connect with us

Oh! Media

Video Nonny Nadirah buka baju

Oh! Artis

Video Nonny Nadirah Buka Baju Untuk Botakkan Kepala Undang Perhatian Ramai

Selebriti wanita, Nonny Nadirah memuat naik satu video menunjukkan dirinya membuka baju dan membotakkan kepalanya telah menarik perhatian ramai. 

Kalau korang tengok video yang dikongsikan Nonny di Instagram itu, pada awalnya dia membuka baju sebelum meletakkan bedak pada leher.

IKLAN

Dia yang kelihatan hanya berpakaian dalam terus memotong rambutnya sehingga kelihatan pendek dan hampir botak. Kemudian, dia terus memakai cermin mata hitam dan topi.

Perkara yang dilakukan Nonny itu buatkan ramai yang tertanya-tanya kenapa dia berbuat demikian. Kalau korang tengok kapsyen pun selebriti itu hanya tulis “Twinnies” sahaja.

Sebelum ini Nonny pernah mendedahkan yang dirinya penat menjadi mangsa sihir sebelum membuat keputusan untuk membuka tudung kembali.

Dia juga pernah menghilangkan diri beberapa tahun dari industri seni sebelum muncul dengan penampilan sedemikian buatkan ramai rakan-rakan artis dan peminatnya terkejut!

Kredit: Instagram Nonny Nadirah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas