Connect with us

Oh! Media

fatin nabila

Oh! Islam

“Wanita Non Muslim Lebih Sopan Dan Beretika” – Ustazah Asma’ Tegur Influencer Muslimah ‘Rapatkan’ Wajah Di Skrin

Tindakan seorang influencer wanita mengajak penonton mendekatkan diri di skrin sebelum memberi nasihat mencetuskan rasa kurang senang orang ramai.

Perkara itu membuatkan segelintir netizen merakam video parodi sehingga ada aksi-aksi berunsur ‘soft porn’ terhadap influencer wanita berkenaan.

IKLAN

BACA: Hukum Wanita Bersyair Dan Mendendangkan Puisi

Tak berdiam diri, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil menegur influencer muslimah itu mengenai etika ketika menyampaikan dakwah.

Katanya, suara manja dan gaya menggoda dengan wajah didekatkan kepada skrin adalah dilarang. Cara sebegitu jelas mendatangkan dosa dan hukumnya adalah haram.

Ustazah Asma berkongsi petikan ayat 32 daripada Surah al-Ahzab yang melarang berkata-kata lembut dan manja semasa bercakap dengan lelaki asing.

Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan perkara yang sama, beliau memohon kaum wanita tidak melunakkan suara yang merdu di depan lelaki bukan mahram.

@racuntiktoks.7

Replying to @cik_lynn82 Harap semua content creator & diri kita sendiri dpt terima teguran & nasihat. Perbaiki yg mana silap & sama² ke arah lebih baik untuk elak bermacam fitnah akan datang. Sungguh fitnah akhir zaman itu sangatlah dasyat 🥲 Semoga beliau kuat dan jangan pernah give up untuk kongsi ilmu yg berguna untuk kita semua. Dan kepada netizen juga , hentilah perli , kecam , dan ejek beliau seolah kita suci tiada silap dan dosa. Kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita. Ingatlah dosa dia tu antara dia dgn Allah.Allah Maha Pengampun. Tapi dosa kita dgn dia? Minta maaflah sendiri dgn tuan bdn.Allahu. Sama² kita #muhasabahdiri

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas