Oh! Tidak
Hidup Dengan Penagih Dadah, Budak Umur 4 Tahun Terpaksa Tidur Bertemankan Sampah Sarap
Betul bila orang kata dadah memusnahkan diri dan juga sekeliling. Baru-baru ini tular di TikTok, serbuan AADK di sebuah kediaman yang mengejutkan seluruh warganet.
BACA: ”Saya Menyesal” – Selepas Kantoi Miliki Dadah, Cliff Umar Akhirnya Bersuara
Menerusi hantaran video tersebut, seorang wanita berkongsi rumah tersebut dipercayai dipenuhi dengan penagih dadah.
Lebih mengejutkan, keadaan rumah berkenaan penuh sampah sarap dan ada kanak-kanak sedang tidur.
Meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak-kanak usianya lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah.
Katanya dalam hantaran lain, penemuan kanak-kanak itu bukanlah dari misi mereka.
Dapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Hasil serbuan itu, mereka berjaya menangkap 2 orang lelaki dewasa dan seorang wanita yang dipercayai penagih dadah.
Saya dengan bantuan rakan saya telah mendapatkan bantuan JKM untuk membantu keluarga ini.
Hasil pemeriksaan dan ujian air kencing mendapati 2 orang lelaki tersebut positif.
Susulan itu, rumah tersebut telah pun dibersihkan dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat di bawah jagaan ibunya.
Allahu… Kesiannya budak tu. Nasib baik AADK bertindak cepat. Semoga kanak-kanak itu sentiasa dilindungi.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM