Trending
Minah Kilang Dari Indonesia Caras Laki Orang, Isteri Meraung Tangkap Berduaan Dalam Gelap
Tidak dapat mengawal perasaan sedih, seorang wanita meraung saat menangkap suaminya sedang berdua-duaan dengan skandal di dalam kereta.
BACA: “Dia Pilih Perempuan Gemuk Lain” – Sanggup Buat Bariatrik Demi Zuriat, Tapi Suami Kantoi Curang
Menerusi rakaman video yang tular, si suami dilihat terkejut mendengar jeritan isteri dan meminta wanita itu tidak buat hal.
Apa semua ni sayang? Kenapa macam ni?
Si isteri terus menangis meminta penjelasan daripada suami dan mereka dilihat bergelut seketika. Si isteri juga sempat menerjah skandal yang duduk di bahagian penumpang hadapan.
Namun, skandal yang dipercayai rakan di kilang tempat suami bekerja menjawab hanya mahu mengambil durian.
Selalu aku tengok orang je. Kali ni aku yang kena sakit dia makan dalam wey. Rupanya dapat tahu dari team member kilang dia dah banyak kali keluar bersama. Cuma takde bukti je.
Menurut isteri lagi, dia sudah dapat menghidu perubahan ketara pada si suami sejak bekerja di kilang terbabit.
Suaminya dipercayai sudah lama kantoi tetapi suaminya tidak pernah mengaku sebelum ini. Sehinggalah si isteri tergerak hati untuk mengekori pergerakan suami.
Allah terbukakan hati aku untuk cari laki aku pada Jumaat malam tu juga. Alhamdulillah Allah tunjuk kan juga patut selama aku bersama dia mesti dia menjauh dari aku.
Lebih menyedihkan apabila suami dikatakan tidak mengendahkan anak apabila berada di rumah. Kini dia berusaha untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.
Kredit: TikTok @fourzy4z
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.