Connect with us

Oh! Media

“Mental Dan Fizikal Mak Kuat” – Anak Sedih Ibu Pulang Sendirian Dari Haji Tanpa Ayah

Ibu Pulang Tanpa Ayah

Oh! Tidak

“Mental Dan Fizikal Mak Kuat” – Anak Sedih Ibu Pulang Sendirian Dari Haji Tanpa Ayah

Baru-baru ini tular di TikTok tentang momen satu keluarga yang menyambut kepulangan ibu tersayang dari Mekah sendirian tanpa ayahnya di sisi. Difahamkan bapanya telah meninggal ketika menunaikan ibadah haji.

BACA: Jemaah Haji Dari Indonesia Sesat, Tak Makan Dua Hari Dibantu Oleh Mutawif Malaysia

Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur ibunya telah pulang dengan selamat walaupun terpaksa menerima kenyataan itu.

IKLAN

Lebih menyedihkan lagi, wanita yang dikenali sebagai Wanie Zaidie berkongsi video lambaian terakhir bapanya sebelum ke Mekah.

Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat macam ayah. Mak kata ayah tengah tunggu kita semua kat syurga.

Pergi berdua, balik sendiri.

@wanie_zaidie8510

Al-Fatihah. Kembalinya ayahanda saya, ABD MANAF BIN HAJI HANAPIAH ke negeri abadi. Sama2 sedekahkan alfatihah buat ayahanda saya. Semoga ayah berada di kalangan org2 yg beriman. Aamiin. #haji1445H #kenanganhaji2024 #jemaahtabunghaji #mekahalmukarromah #insanterpilih #insanteristimewa #allahsayang #kamisayangayah

♬ Alfatihah – Mashary Rashid Al-Afassy

Mak sihat cuma ada sedikit batuk

Katanya, ibunya masih berada dalam keadaan sihat dan kuat selepas balik ke Malaysia.

Wanie berkata dia dan adik beradik berjanji akan menjaga ibunya sehabis baik dan meminta doa supaya urusannya sentiasa dipermudahkan.

Rata-rata netizen di ruangan komen mengakui sebak selepas melihat video yang dikongsi dan mendoakan supaya arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Komen haji
Komen haji 2

Allahu, besarnya ujian mereka sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan ahli syurga dan ahli keluarga terus kuat hadapi ujian ni.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas