Connect with us

Oh! Media

Umum

Makna “Tiada Solat Bagi Orang Yang Menahan”

SOALAN:
Saya pernah mendengar ayat yang berbunyi: “Tiada solat bagi orang yang menahan”. Adakah perkataan ini hadith dan jikalau ia adalah hadith apakah maknanya?

JAWAPAN:
Telah meriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dan Tirmidzi hadith hasan dari Tsauban sesungguhnya Nabi saw bersabda:

IKLAN

ثلاث لا تحل لأحد أن يفعلهن: لا يؤم رجل قوما فيخص نفسه بالدعاء دونهم فإن فعل فقد خانهم، ولا ينظر فى قعر بيت قبل أن يستأذن، فإن فعل فقد دخل -أى صار فى حكم الداخل بلا إذن- ولا يصلى وهو حاقن حتى يتخفف
“Tiga perkara tidak harus bagi seorang pun melakukannya: Tiadalah menjadi imam oleh seseorang akan kaumnya maka dia berdoa hanya bagi dirinya sahaja. Maka jika dia berbuat seperti itu maka dia telah khianat akan manusia. Dan tiada harus seorang melihat ke dalam rumah orang lain sebelum meminta izin. Maka jika dia perbuat nescaya dia dikira menceroboh tanpa kebenaran. Dan tidak solat oleh seseorang dalam keadaan menahan sehinggalah dia ringankannya.”

Dan dari Aisyah r.a. katanya: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

لا يصلى أحد بحضرة الطعام، ولا وهو يدافعه الأخبثان
“Tiadalah sempurna seseorang itu melakukan solat berdekatan makanan dan tidak juga seseorang yang bertolak-tolak dengan dua hadas.” (Hadith Muslim)

Makna dua hadas dalam hadith ini ialah kencing dan berak.

Maka dapatlah difahami bahawa erti menahan disini ialah menahan hadas sama ada kencing atau berak atau kentut. Maknanya adalah dilarang dengan larangan makruh seorang yang masuk ke dalam solat dalam keadaan hendak kencing atau berak atau kentut.

Tersebut dalam kitab Iqna’:

تكره الصلاة حاقنا بالبول – أو حاقبا بالغائط – أو حاذقا بالريح – أو حاقما بالبول والغائط
“Dimakruhkan solat dalam keadaan menahan dari kencing atau menahan dari berak atau menahan dari kentut atau dari keduanya sekali.”

Dan maksudnya ialah bahawa adalah supaya jadilah seorang itu di dalam solat dia khusyuk dan selesai hati bagi memahami makna bacaannya dan perbuatannya ketika berdiri di hadapan Allah. Tiadalah lagi dia bimbang dari pekerjaan-perkajaan tersebut sehingga bercelaru hatinya maka dibenci dia kerana menghilangkan khusyuknya atau jadi sedikit khusyuknya bahkan sayugia dia ringankannya dengan melepaskan semua keinginan hendak buang air atau angin dan semua yang mengganggu.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak! | Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas