Connect with us

Oh! Media

Dong Zong Dakwa Lebih 900 Sekolah SJKC Tolak Tulisan Jawi

Oh! Negara

Dong Zong Dakwa Lebih 900 Sekolah SJKC Tolak Tulisan Jawi

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini mereka dari Dong Zong tetap dengan pendirian mereka untuk menolak pembelajaran tulisan Jawi di dalam 3 helaian muka surat Bahasa Malaysia untuk sekolah rendah.

ADVERTISEMENT

Terkini, mereka telah memaklumkan yang lebih 900 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di seluruh negara telah menolak pembelajaran tulisan Jawi ini. Dong Zong juga mendakwa keputusan ini diterima selepas mengapat maklumbalas dari ke semua sekolah melalui kempen anti Jawi yang dijalankan.

Masih ada beberapa sekolah di negeri menjalankan kempen tandatangan itu. Lembaga pengelola SJKC berhak menentukan dasar sekolah mereka dan kami berpendapat setiap sekolah perlu melaksanakan dasar pembelajaran untuk semua kaum. – Kata Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng.

Sebelum ini mereka dikatakan bakal mengadakan persidangan bagi membincangkan isu tulisan Jawi, tetapi ia dibatalkan. Dong Zong turut bersetuju untuk mengadakan sesi dialog termasuk bersama Kementerian Pendidikan dan parti politik lain bagi mencari jalan penyelesaian.

Apa pula pandangan korang mengenai isu tulisan Jawi ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas