Connect with us

Oh! Media

zim

Oh! Negara

Kontena Dengan Logo ‘ZIM’ Asal Israel Cuba Masuk Perlis Diarah Patah Balik

Selepas gagal masuk Johor ikut jalan laut, kali ini cuba masuk Perlis ikut jalan darat pula. Itulah apa yang cuba dilakukan sebuah syarikat kontena yang tertera logo ZIM, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel.

BACA: Tentera Israel Cedera’Diserang’ Ratusan Tebuan Di Gaza

IKLAN

Lori kontena itu dipercayai membawa muatan dagangan ayam sejuk beku dan dikesan di sempadan Malaysia-Thailand.

Diarah patah balik masuk Thailand pada hari sama…

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagaimanapun mengarahkan lori kontena terbabit untuk berpatah balik dengan segera. Kejadian ini turut disahkan Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim.

Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.

Oleh itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut.

Kita segera mengarahkan lori kontena berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama.

Kerajaan Malaysia sebelum ini menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel dan akan melakukan siasatan segera berhubung cubaan masuk kontena ZIM.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas