Connect with us

Oh! Media

Pekerja Asing Terlebih Masuk Malaysia

Pekerja asing malaysia ohmedia

Oh! Negara

Pekerja Asing Terlebih Masuk Malaysia

Di saat rakyat Malaysia sendiri masih ramai yang menganggur, pekerja asing yang datang ke negara ini juga dikatakan sudah terlebih. Memetik laporan Sinar Harian, setakat ini Malaysia sudah mempunyai 3.4 juta pekerja warga asing dan itu adalah jumlah tertinggi pernah dicatatkan.

Data ini dikeluarkan Perangkaan Demografi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di mana sebanyak 600,000 pekerja asing akan bertambah setiap tahun. Jumlah ini belum termasuk warga asing yang masuk negara ikut ‘lubang’ atau warga asing tanpa izin (PATI) tau.

Bayangkan ketika negara mencatatkan jumlah 2.8 juta pekerja asing pada tahun 2023, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud sudah memaklumkan kepada Dewan Rakyat tentang berlakunya lambakan pekerja asing. Sekarang, jumlah itu menjadi 3.4 juta pekerja asing dan ini sangat membimbangkan.

IKLAN
Pekerja Asing

Kementerian Ekonomi pula memaklumkan Malaysia hanya memerlukan 2.4 juta sahaja pekerja asing iaitu 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja iaitu sebanyak 16.51 juta.

Daripada data ini, dapatlah kita simpulkan peluang untuk rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan semakin sukar kerana perlu bersaing dengan warga asing yang juga menganggur di negara asing. Apapun, diharapkan pihak kerajaan dapat melakukan sesuatu demi memastikan masalah pengangguran rakyat tempatan selesai.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas