Connect with us

Oh! Media

Jabatan Mufti Akan Menonton Filem Polis Evo 2 Secara Tertutup

Copy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bcopy2bof2bw2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bo2b252862529png

Umum

Jabatan Mufti Akan Menonton Filem Polis Evo 2 Secara Tertutup

Walaupun Filem Polis Evo 2 belum berada di pawagam dan bakal ditayangkan pada 22 November ini, ia sudah menjadi topik hangat untuk dibincangkan sehingga kini.

Ini berikutan selepas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kandungan filem Polis Evo 2 ini mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap agama Islam dan menunjukkan Islam sebagai pengganas.

Kesan dari itu, penerbit Datuk Khairul Anwar Salleh telah memaklumkan bahawa mereka telah mendapatkan nasihat dari Mufti Kerajaan Nergeri Perlis iaitu Datuk Asri Zainul Abidin, Dr Maza.

IKLAN

“Selepas sahaja timbul respon daripada pihak-pihak mendakwa PE2 menghina Islam, pihak kami terus dapatkan nasihat daripada Mufti Perlis dan juga Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Tujuannya, apakah trailer itu memang menimbulkan respon sebegitu? Jadi ada tiga perkara yang diberikan sebagaimana jelas tertulis di ruangan Facebook milik Dr Maza,” kata Khairul mengakui bahawa penjelasan Dr Maza di Facebook miliknya adalah tepat.

“Kami baru sahaja membuat temu janji dengan pihak Mufti ini untuk menonton filem PE2,” katanya.

“Bagi memastikan PE2 tidak melanggar peraturan kami sebenarnya sudah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Lembaga Penapisan Filem. Untuk penulisan cerita kita ambil kira pandangan PDRM.

“Jadi adalah tidak adil bagi mereka yang memberi respon negatif sebelum menonton PE2 sepenuhnya dan memberi pendapat berdasarkan menonton trailer semata-mata,” tegasnya.

Walaubagaimanapuun, pihak penerbitan Polis Evo 2 menganggap ia sebagai respon positif terhadap perfileman tanah air setelah mendapat perhatian dari masyarakat dan turut menyifatkan teguran daripada pelbagai pihak sebagai teguran membina.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas