Connect with us

Oh! Media

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Dipinang Platform Streaming Gergasi Dari China!

Branded

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Dipinang Platform Streaming Gergasi Dari China!

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 makin hari makin penuh dengan emosi, kami yang tengok pun selalu menarik nafas dalam tau. Maklumlah, kami memang menyirap sikit kalau bab-bab kekeluargaan ni. Tapi bukan itu je yang kami nak kongsikan, drama ni katanya telah dipinang oleh platform streaming gergasi dari China wei! Nak tahu lanjutan cerita mereka, moh kami share ke kome.

Konflik Dengan Keluarga Mertua

Drama adaptasi novel karya penulis Siti Rosmizah, arahan Jamal Khan yang merupakan kesinambungan siri fenomena, 7 Hari Mencintaiku yang lalu sekali lagi memberikan impak pada kita semua yang menonton.

Lakonan Mia yang dibawakan oleh Siti Saleha kali ini membuatkan ramai penonton geram apabila konflik antara Mia dan Mak Leha iaitu ibu mertuanya menjadi hangat weh! Yang pasti setiap episod memang cukup dengan rencah konflik dalam rumah tangga yang boleh dijadikan iktibar untuk masyarakat di luar sana.

Persoalannya siapakah punca yang menyebabkan konflik ni terjadi? Ha! Kalau nak tahu, jangan terlepas mana-mana episod drama ni tau.

Tonton Secara EKSKLUSIF & PERCUMA di iQ.com atau iQIYI App

Berita baik untuk semua, sebab bermula 24 Julai 2020 tepat jam 8 malam korang boleh saksikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 di aplikasi iQIYI ataupun di website diorang di www.iQ.com. Jadi tak perlu risau kalau lepas ni korang terlepas tengok dekat televisyen sebab balik lambat ke atau mungkin terkandas dengan aktiviti harian korang tu. 
Maklum la bukan semua orang boleh terpacak depan televisyen saat drama ni ditayangkan. So, dengan adanya iQIYI ni boleh la tonton semula drama 7 Hari Mencintaiku 2 sejurus ianya ditayangkan di televisyen. Paling best korang boleh tonton drama ni secara PERCUMA tau!

iQIYI Platform Hiburan Terbaru dan Terbaik Untuk Semua

Untuk pengetahuan korang, iQIYI merupakan satu platform video online yang menyajikan pelbagai genre drama dan filem yang dihasilkan oleh produksi-produksi sekitar Asia. So banyak drama yang korang boleh tengok antaranya K-Drama dari Korea seperti Backstreet Rookie dan Dinner Mate, C-Drama dari China dan terbaru drama dari Malaysia gais.
Jadi korang boleh muat turun iQIYI di Google play store, Apps Store atau Huawei App Gallery. Ianya PERCUMA gais, tapi kalau korang memang peminat tegar drama-drama di iQIYI boleh jadi VIP dengan subscribe pelan secara bulanan. 
Untuk keterangan lebih lanjut korang boleh check dekat website iQIYI di www.iQ.com. Selamat menonton drama kegemaran korang bersama iQIYI.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas