Connect with us

Oh! Media

Filem Jack In The Box Ni Buatkan Kita Semua Tak Sabar Nak Tengok Ending Dia, Seram Betul!

Umum

Filem Jack In The Box Ni Buatkan Kita Semua Tak Sabar Nak Tengok Ending Dia, Seram Betul!

Pawagam baru jer dibenarkan beroperasi dan semua movie yang keluar akan ditayangkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) baru yang telah pun ditetapkan. Korang tak rindu ke nak chill dekat wayang sambil makan popcorn? Disebabkan baru jer dibuka kembali, TGV nak ajak kita tengok satu filem bergenre seram yang akan buatkan korang menjerit tak ingat dunia!

ADVERTISEMENT

Badut yang menyeramkan!

Selalunya, kehadiran badut menghiburkan kita, tapi dalam filem Jack In The Box ni akan buatkan kita rasa takut, seram meh! Dengar cerita Jack In The Box ni lebih menakutkan dari Pennywise dan lebih bahaya dari Joker . Menampilkan badut sebagai elemen seram seperti beberapa filem sebelum ini, filem Jack In The Box lagi scary sebab hantunya nampak lebih meyakinkan dan real. Kalau cerita IT sebelum ni korang dah rasa cukup seram, siap sedialah dengan Jack In The Box ni.

Kalau korang nak tahu, Jack In The Box ni merupakan kotak purba yang digali dan dimasukkan ke sebuah muzium. Tak lama lepas tu, staf Casey Reynolds mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Badut di dalam kotak tu bernyawa! Lepas jer kotak tu dibuka, lain pula jadinya. Ramai kawan-kawan Casey mati secara misteri. Apa yang dah jadi ni? Apa agaknya yang Casey buat lepas tengok kawan-kawan dia mati? Takkan duduk diam jer atau pun dia pun bakal jadi mangsa seterusnya?

Haih, tak sabar betul nak tengok ending dia guys! Kalau korang pun tak sabar juga, jomlah sama-sama kita tengok cerita Jack In The Box ni sebab mesti best giler. Pergh! Tambah lagi watak Jack tu dilakonkan oleh pelakon terkenal, Robert Naurne yang juga pernah berlakon dalam filem Star Wars dan Penny Dreadfull. Mesti gempak! Jack In The Box ni juga telah memenangi award iaitu Best Feature Film di British Horror Film Festival.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas