Connect with us

Oh! Media

Hukum Qadha Solat Tidak Ikut Tertib

Umum

Hukum Qadha Solat Tidak Ikut Tertib

SOALAN:
Hukum qadha solat fardhu yang ditinggalkan itu adalah wajib. Soalan saya, adakah wajib juga kita qadha dengan mengikut tertib waktu-waktunya? Dan adakah wajib diqadha dengan segera?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Tidak disyaratkan qadha solat yang ditinggalkan itu dengan mengikut tertib waktunya, oleh itu harus qadha pada bukan waktunya seperti qadha solat Zohor dalam waktu Asar dan seumpamanya.

Dan wajib qadha dengan segera jika ditinggalkan tanpa uzur dan sunat diqadha dengan segera jika luput ia sebab uzur.

Berkata Imam As-Syairazi:‏

مَنْ وَجَبَتْ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ فَلَمْ يُصَلِّ حَتَّى فَاتَ الْوَقْتُ لَزِمَهُ قَضَاؤُهَا لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏”مَنْ نَامَ عَنْ صَلَاةٍ أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إذَا ذَكَرَهَا”‏ وَالْمُسْتَحَبُّ أَنْ يَقْضِيَهَا عَلَى الْفَوْرِ لِلْحَدِيثِ الَّذِي ذَكَرْنَاهُ،‏ فَإِنْ أَخَّرَهَا جَازَ لِمَا رُوِيَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاتَتْهُ صَلَاةُ الصُّبْحِ فَلَمْ يُصَلِّهَا حَتَّى خَرَجَ مِنْ الْوَادِي،‏ وَلَوْ كَانَتْ عَلَى الْفَوْرِ لَمَا أَخَّرَهَا‏.‏ وَقَالَ أَبُو إسْحَاقَ إنْ تَرَكَهَا بِغَيْرِ عُذْرٍ لَزِمَهُ قَضَاؤُهَا عَلَى الْفَوْرِ،‏ لِأَنَّهُ مُفَرِّطٌ فِي التَّأْخِيرِ ‏وَإِنْ فَاتَتْهُ صَلَوَاتٌ‏ وَالْمُسْتَحَبُّ أَنْ يَقْضِيَهَا عَلَى التَّرْتِيبِ،‏ ‏ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاتَتْهُ أَرْبَعُ صَلَوَاتٍ يَوْمَ الْخَنْدَقِ فَقَضَاهَا عَلَى التَّرْتِيبِ،‏ فَإِنْ قَضَاهَا مِنْ غَيْرِ تَرْتِيبٍ جَازَ لِأَنَّهُ تَرْتِيبٌ اُسْتُحِقَّ لِلْوَقْتِ فَسَقَطَ بِفَوَاتِ الْوَقْتِ كَقَضَاءِ الصَّوْمِ‏.‏ وَإِنْ ذَكَرَ الْفَائِتَةَ وَقَدْ ضَاقَ وَقْتُ الْحَاضِرَةِ لَزِمَهُ أَنْ يَبْدَأَ بِالْحَاضِرَةِ لِأَنَّ الْوَقْتَ تَعَيَّنَ لَهَا فَوَجَبَتْ الْبِدَايَةُ بِهَا، كَمَا لَوْ حَضَرَهُ رَمَضَانُ وَعَلَيْهِ صَوْمُ رَمَضَانَ قَبْلَهُ وَلِأَنَّهُ إذَا أَخَّرَ الْحَاضِرَةَ فَاتَتْ فَوَجَبَتْ الْبِدَايَةُ بِهَا

“Siapa yang wajib atasnya solat lalu tidak dia kerjakan sehingga habislah waktunya, maka wajib dia qadha akan ia kerana sabda Nabi saw:

مَنْ نَامَ عَنْ صَلَاةٍ أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إذَا ذَكَرَهَا
“Barangsiapa tidur dari satu solat atau terlupa maka hendaklah dia kerjakannya apabila ingat akan ia.”

Yang disunatkan ialah qadha dengan segera kerana hadith tersebut. Maka jika dia lambatkan qadhanya maka hukumnya adalah harus kerana hadith yang diriwayatkan bahawa Nabi saw telah terluput satu solat subuh maka tidak dikerjakannya melainkan selepas keluar ia dari perkampungan. Jikalau wajib qadha dengan segera nescaya tidaklah dilambatkan menunaikannya.”

Berkata Imam Abu Ishak: “Jika dia tinggalkan tanpa uzur maka wajib atasnya qadha dengan segera kerana dia telah melampau sebab melambatkannya.

Dan jika dia luput beberapa solat maka yang sunat bahawa dia qadha mengikut tertib kerana bahawasanya Nabi saw telah luput empat solat pada hari perang Khandaq maka baginda kerjakannya mengikut tertib.”

Maka jika seorang itu qadha akan solat tidak mengikut tertib maka hukumnya adalah harus kerana tertib itu mustahak ia dalam waktu maka apabila waktu telah habis gugurlah tertib dengan gugurnya waktu seperti pada masalah qadha puasa.

Maka jika seorang itu telah ingat akan solat yang luput itu dan telah sempit waktu maka wajib dia kerjakan solat yang hadir kerana waktu itu tertentu baginya maka wajib memulakan denganya dahulu.

Sama seperti apabila datang Ramadhan yang baru sedangkan dia ada qadha Ramadhan yang lepas maka hendaklah dia puasa Ramadhan yang baru datang kerana jika dia lambatkan puasa yang baru nescaya akan luput ia, maka wajib dia mulakan dengan puasa yang baru terlebih dahulu.” (Kitab Al-Muhazzab)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas