Trending
Guru Disiplin Didakwa Ditumbuk Sekumpulan Pelajar Gara-Gara Potong Rambut
Exco Perak tunggu laporan rasmi kes guru disiplin didakwa ditumbuk pelajar di Kuala Kangsar.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairuddin Abu Hanipah memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan rasmi berhubung dakwaan seorang guru disiplin ditumbuk sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau memerlukan laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi memastikan kesahihan kejadian itu sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
Jika dakwaan benar, pelajar tak sepatutnya bertindak begitu

Beliau berpendapat, jika benar ada kejadian seperti itu, tindakan menumbuk guru adalah tidak wajar. Beliau menyifatkan guru adalah murabbi yang mendidik dan mengasuh anak-anak.
Beliau turut mengingatkan pelajar supaya sentiasa menghormati guru walaupun terdapat perkara dalam proses pembelajaran yang mungkin tidak disenangi.
Kini, semakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak berkaitan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai insiden tersebut.
Adab dan nilai perlu diletakkan lebih tinggi daripada ilmu. Jika adab tiada, sukar untuk melahirkan individu yang berdisiplin dan berwawasan.
Terdahulu, seorang guru disiplin dipercayai cedera selepas didakwa ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar pada Rabu.
Kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu dipercayai tercetus akibat rasa tidak puas hati selepas rambut pelajar terlibat digunting oleh guru berkenaan.
Pssttt! Semua pihak perlu menunggu laporan rasmi sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai kejadian ini. Bagaimanapun, rasa tidak puas hati tidak seharusnya diselesaikan dengan kekerasan, lebih-lebih lagi terhadap guru yang menjalankan tanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan pelajar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
