Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew Sekali Lagi Beri Sumbangan Kepada Zoo Negara

Umum

Ebit Lew Sekali Lagi Beri Sumbangan Kepada Zoo Negara

Siapa sahaja tidak mengenali pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang sering menjadi bualan rakyat kerana keprihatinan beliau terhadap nasib rakyat yang tidak bernasib baik.

ADVERTISEMENT

Ebit Lew memberikan sumbangan sebanyak 200 kilogram daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik kepada zoo negara. Menerusi laman Twitter milik beliau, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan sedikit beban pihak zoo dan haiwan-haiwan di situ oleh kerana pelaksanaan PKP baru-baru ini.

https://twitter.com/Ebitlew_/status/1391661310333448195

“Sayu rasa nak raya, bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan saya teringat kepada zoo. Misi bantuan makanan haiwan Zoo Negara. Saya rindu dan juga turut berasa kasihan kerana tiada orang boleh melawat memandangkan PKP.

“Saya beli 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik untuk diberi kepada semua haiwan di sini. Saya gembira dapat tengok sendiri kesemua haiwan yang ada di Zoo Negara dan bantu mereka dengan memberi mereka makan,” tulisnya di Twitter.

Beliau juga menjelaskan rasa syukur dapat memberi bantuan kepada pihak zoo sebelum hari raya Aidilfitri setelah terpaksa menolak jemputan mereka beberapa kali atas urusan kerja.

“Dari saya di Afrika lagi saya teringat kepada zoo. Syukur sebelum raya sempat beri sedikit sumbangan. Walaupun sudah beberapa kali jumpa kesemua haiwan, rasa sayang sangat dengan kejadian keunikannya.

“Semoga semua haiwan disini sihat dan dapat makanan yang cukup. Mari bersama doakan untuk Zoo Negara,” ujar beliau.

Kredit : Kosmo dan Ebitlew_

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas