Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Caprice Bila Polis Minta Bantuan Interpol Kesan Dirinya

ohmedia caprice

Oh! Artis

Ini Respon Caprice Bila Polis Minta Bantuan Interpol Kesan Dirinya

Penyanyi rap Caprice yang kini masih berada di Gaza menegaskan dirinya tidak pernah melarikan diri dan sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa.

BACA: Mahu Keterangan Nadir Dan Caprice, Polis Dibantu Interpol

Jelasnya lagi, sepanjang berada di negara Timur Tengah itu, dia sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di sana dan sepatutnya tidak wujud isu sebegini.

IKLAN

Dia sebelum ini meluahkan rasa pelik dengan kenyataan pihak berkuasa yang melaporkan terpaksa mengguna pakai khidmat Interpol kerana tidak dapat menjejaki dirinya untuk siasatan kes melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Caprice pelik dengan kenyataan polis nak minta tolong Interpol sebab tak dapat hubungi Caprice. Sedangkan ramai je Whatsapp kita hari-hari siap ada minta cenderamat lagi. Punya kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ni tengah nyorok atau lari sedangkan kita santai je kat sini juma kedutaan Malaysia, Duta Palestin dan sahabat-sahabat kita kat sini.

Cap dalam pada masa yang sama sempat membuat perbandingan antara situasinya dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang masih gagal dikesan sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun begitu, Cap menegaskan bahawa kebenaran pasti akan terbongkar tanpa perlu membuat fitnah terhadap sesiapa pun. Terdahulu, Cap dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri didakwa telah gagal dihubungi pihak berkuasa berhubung kes melibatkan Ebit Lew atas dakwaan fitnah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas