Connect with us

Berubat Dengan Jampi

Umum

Berubat Dengan Jampi

Soalan:
Apakah penggunaan jampi ketika merawat pesakit dibenarkan dalam Islam? Bagaiamana pula hukumnya menjampi dengan menggunakan ayat al-Quran?

Jawapan:
Erti jampi ialah dimana pengamal perubatan membaca lafaz-lafaz tertentu kemudian ditiupkan pada badan pesakit atau pada air ketika merawat. Menggunakan jampi ketika merawat pesakit adalah harus dalam Islam dengan syarat menggunakan perkataan dan lafaz yang tidak syirik dan diketahui maknanya tidak membahayakan.

Diriwayatkan dari Auf bin Malik Al-Asyja’ie r.a. katanya:

كنا نَرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ، لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Adalah kami dizaman jahiliyah mengamalkan jampi. Maka kami berkata: “Ya Rasulullah. Bagaimana pendapat tuan tentang yang demikian itu?” Jawab Rasulullah: “Tunjukkan kepadaku bacaan jampi kamu itu. Tidak menjadi kesalahan dengan jampi selama tidak mengandungi kesyirikan.” (Hadith Muslim)

Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الرقى, فجاء آل عمرو بن حزم فقالوا: يا رسول الله، إنه كانت عندنا رقية نرقى بها من العقرب, قال: فعرضوا عليه، فقال: ما أرى بأسا, من استطاع منكم أن ينفع أخاه فلينفعه
Telah melarang oleh Rasulullah saw dari menjampi. Maka datang keluarga ‘Amr bin Hazm r.a lalu berkata: “Wahai Rasulullah. Sungguhnya disisi kami ada lafaz jampi yang kami guna merawat dengannya akan sengatan haiwan berbisa.” Lalu mereka membacanya di depan Rasulullah. Maka kata Rasulullah: “Aku tidak nampak salahnya. Siapa yang mampu dari kalangan kamu membantu saudaranya maka bantulah akan dia.” (Hadith Muslim)

Oleh kerana itulah para ulamak mengharuskan jampi ketika merawat pesakit.

Berkata Imam Nawawi:

وقد نقلوا بالإجماع على جواز الرُّقى بالآيات وأذكار الله تعالى، قال المازريُ: جميعُ الرُّقى جائزةٌ إذا كانت بكتاب الله أو بذكره
“Dan sungguhnya para ulamak menyimpulkan dengan ijmak atas harusnya jampi dengan ayat-ayat al-Quran dan segala zikir.” Telah berkata olih Al-Maziri: “Semua jenis jampi adalah harus apabila adalah ia dengan Al-Quran dan zikir.” (Kitab Syarah Muslim)

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar:

وقد أجمع العُلماءُ على جواز الرُّقى عند اجتماع ثلاثة شُروطٍ:
1- أن يكون بكلام الله تعالى، أو بأسمائه وصفاته. 2- وباللسان العربي، أو بما يُعرفُ معناه من غيره. 3- وأن يُعتقد أن الرُّقية لا تُؤثِّر بذاتها؛ بل بذات الله تعالى
“Dan sungguhnya telah ijmak ulamak atas harus penggunaan jampi apabila berhimpun tiga syarat:
Pertama: Adalah jampi itu dengan kalam Allah Taala atau dengan nama-nama-Nya dan sifat-Nya.
Kedua: Dengan bahasa arab atau bahasa yang difahami maknanya.
Ketiga: Dengan diiktikadkan bahawa jampi itu tidak memberi bekas sendirinya bahkan hanayalah dengan izin Allah Taala.” (Kitab Fathul Baari)

Berkata pula Imam Al-Qurtubi:

“الرقى ثلاثة أقسام: أحدها: ما كان يُرقى به في الجاهلية مما لا يعقل معناه فيجب اجتنابه لئلا يكون فيه شرك أو يؤدي إلى الشرك، الثاني: ما كان بكلام الله أو بأسمائه فيجوز, فإن كان مأثورا فيستحب، الثالث: ما كان بأسماء غير الله من ملك أو صالح أو معظّم من المخلوقات كالعرش، فهذا ليس من الواجب اجتنابه ولا من المشروع الذي يتضمن الالتجاء إلى الله والتبرك بأسمائه فيكون تركه أولى, إلا أن يتضمن تعظيم المرقي به فينبغي أن يجتنب كالحلف بغير الله تعالى”.
Jampi itu ada tiga bahagi:
Pertamanya ialah jampi yang diguna di zaman jahiliyah dari lafaz yang tidak difahami maknanya. Maka wajib menjauhinya kerana takut mengandungi kesyirikan atau membawa kepada kesyirikan. Keduanya jampi dengan kalam Allah atau dengan segala nama-Nya maka hukumnya harus. Ketiganya jampi dengan nama selain nama-nama Allah seperti nama malaikat, nama orang soleh atau yang dimuliakan dari kalangan makhluk seperti Arasy. Maka ini tidak wajib menjauhkannya dan tidak termasuk bacaan yang disyariatkan yang mengandungi makna berserah kepada Allah dan mengambil berkat dengan nama-nama-Nya maka meninggalkannya adalah aula melainkan yang menjampi itu mengangung-agungkannya maka sayugia dijauhkan seperti bersumpah dengan selain Allah.” (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari)

Berkata Abu Hasan Al Harawi Al Qari:

ومن المحذور أن تَشتمل على كلامٍ غير عربي، أو عربي لا يُفهمُ معناه، ولم يرِد من طريقٍ صحيحٍ – فإنه يحرمُ؛ كما صرَّح به جماعةٌ من أئمة المذاهب الأربعة؛ لاحتمال اشتماله على كُفرٍ.
“Dan termasuk yang dilarang ialah jampi yang bukan dengan lafaz bahasa arab atau bahasa arab yang tidak difahami maknanya dan tidak datang dari jalan yang sahih. Maka bahawasanya ia adalah haram sebagaimana menjelaskannya olih satu jemaah dari imam-imam mazhab kerana kemungkinan mengandungi makna kufur.” (Kitab Mirqatul Mafatih)

Dan berkata Imam Nawawi:

الرُّقى المجهولة، والتي بغير العربيَّة، وما لا يُعرفُ معناها – مذمومةٌ؛ لاحتمال أن معناها كُفرٌ، أو قريبٌ منه، أو مكروهٌ
“Jampi dengan lafaz yang tidak diketahui dan dengan bukan bahasa arab yang tidak dikenali maknanya adalah dicela kerana mungkin maknanya kufur atau hampir kepada kekufuran atau dibenci akan dia.” (Kitab Syarah Muslim)

Contoh lafaz yang sangat elok

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ، أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ، وَقُلْ بِاسْمِ اللهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ


“Dari Uthman bin Abi Al-’Ash As-Saqafi r.a bahawasanya ia mengadu kepada Rasulullah saw akan sakit yang ada pada badannya sejak ia masuk Islam. Rasulullah berkata kepadanya: “Letak tanganmu atas tempat yang sakit pada badanmu dan baca bismillah tiga kali dan baca tujuh kali:
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ 
“Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kudrat-Nya dari keburukkan yang aku rasai dan aku bimbangi.” (Hadith Muslim)

كَانَ إِذَا اشْتَكَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَاهُ جِبْرِيلُ ، قَالَ : بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ ، وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ، وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ


Adalah apabila mengadu sakit oleh Rasulullah saw maka Jibril a.s menjampinya dengan berkata: 
بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ ، وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ، وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
“Dengan nama Allah Dia melepaskanmu. Dan dari segala penyakit Dia menyembuhkanmu. Dan dari segala kejahatan yang dengki apabila dengki ia. Dan dari kejahatan setiap yang mempunyai ain.” (Hadith Muslim)

Dan surah Al-Fatihah sebagaimana sabit dalam hadith Bukhari bahawa Abu Said Al-Khudri r.a menjampi pesakit yang disengat binatang berbisa dengan membaca surah Fatihah.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top