Connect with us

Oh! Media

Keluhan Hati Anak Melayu Sebagai Tower Crane Operator

Umum

Keluhan Hati Anak Melayu Sebagai Tower Crane Operator

Kami menerima satu email dari seorang warganegara Malaysia dan juga anak Melayu dengan luahan hati tentang nasibnya yang mempunyai sijil sebagai Tower Crane Operator tetapi tidak mempunyai peluang pekerjaan kerana monopoli kaum asing. Berikut adalah luahan hatinya;

ADVERTISEMENT

Hai ohmedia..saya berkerja sebagai opereter tower crane.pekerjaan kami tidak dipandang oleh mata masyarakat.masalah disini apabila ramai warga asing yg cuba monopoli pekerjaan kami dgn gaji yg lebih murah dn ramai anak malaysia yg mengambil sijil di NIOSH (rm1700 harga sijil) tidak mendapat perkerjaan.apabila aduan dibuat kepada jabatan keselamatan dn kesihatan perkerja(JKKP) mereka hanya mendiamkan diri.bila mereka melakukan serbuan hanya ddk diam dlm office di ‘site’ tanpa melakukan pemeriksaan terhadap opereter tower crane dn jika mereka dapat tangkap warga asing yg membawa kren ni project manager akan settle kan duit tepi. Salah satu punca ramai anak melayu yg kurang dlm pelajaran tidak mendapat kerja.Harap oh media dapat sebarkan perkara ni kepada umum. – Faiz

Dengan aduan begini, kami percaya pihak berkuasa pastinya dapat melakukan sesuatu untuk tidak membiarkan perkara sebegini dan juga korupsi terus bermaharajalela walau dalam apa jua bidang sekalipun.

Tentu kita masih ingat peribahasa orang lama, “Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran”. Inilah peribahasa yang patut dikenang-kenangkan bersama.

Psst: Klik di sini untuk baca lebih 1000 respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Update: Hari ini (7 Jan 2015), bukti bergambar pula dihantarkan kepada kami. Jika luahan hati yang dipaparkan sebelum ini tidak mampu mengangkat punggung di kerusi panas pihak berkuasa, lepas ni kalau tidur lagi tak tahulah apa nak kata. Tolong jelaskan gambar-gambar berikut.

Aduan:

“Saya kongsikan gambar warga asing bawak tower crane di Malaysia. Di mana Pihak JKKP? JKKP ini dibawah Kementerian Sumber Manusia. xguna tubuhkan jabatan seperti ini jika nasib kami tidak terjaga & terbela. Warga asing dgn sewenangnya bermaharaja lela di Malaysia. Kami seperti anak tiri di tanahair sendiri. Masih ada lagi anak muda yang baru habis belajar di IKBN dlm bidang tower crane trpaksa mengangur. Harap pihak oh media boleh cc kepada dan sudi membantu kami seperti Kementerian sumber manusia.”

Tu dia… Malaysia Untuk Indonesia, katanya!

Siap bawa kekasih masuk dalam Crane. Humpph!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas