Connect with us

Oh! Media

Youtuber Dan Pekerja Muzium Mohon Maaf, Tiada Niat ‘Claim’ Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia

Ohmedia upin Ipin Indonesia

Trending

Youtuber Dan Pekerja Muzium Mohon Maaf, Tiada Niat ‘Claim’ Upin & Ipin Berasal Dari Indonesia

Isu Upin & Ipin, mereka berharap rakyat Malaysia sudi memaafkan kekeliruan yang berlaku.

YouTuber Indonesia, Frans Sanjaya dan seorang pekerja muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf isu melibatkan siri animasi popular, Upin & Ipin.

Menerusi satu video di Youtube, Frans Sanjaya mengakui kenyataannya sebelum ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet Malaysia dan Indonesia.

Mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Frans berkata, mereka ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang mungkin marah atau tersinggung dengan ucapan mereka sebelum ini.

IKLAN

Namun, mereka tiada niat mahu ‘claim’ siri animasi tersebut berasal dari Indonesia.

Tiada niat tuntut hak cipta Upin & Ipin

Dalam video klarifikasi berkenaan, kedua-duanya difahamkan mengakui kenyataan sebelum ini mengenai asal usul karakter animasi itu adalah tidak tepat.

Selain permohonan maaf, video itu turut menyentuh mengenai kepentingan menjaga keharmonian dan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini, tular video memaparkan Sadan mendakwa karakter Upin & Ipin mempunyai asal usul dari Indonesia sebelum dibeli oleh syarikat Malaysia pada tahun 2008.

Dakwaan itu kemudian menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi selepas Les’ Copaque Production tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa Upin & Ipin merupakan karya asli mereka sejak diterbitkan pada tahun 2007.

Pssttt! Semoga selepas ini semua pihak lebih berhati-hati sebelum berkongsi dakwaan, terutama apabila melibatkan karya popular yang dekat dengan hati ramai orang.

Kredit: Youtube Frans Sanjaya | TikTok Amiruddin Azizi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas