Connect with us

Oh! Media

nafkah

Trending

Wanita Dedah Punca Bekas Suami Bagi Nafkah Anak 3 Sen, Rupanya Sebab ‘Koyak’ Disindir

Baru-baru ini, tular kisah seorang wanita yang mendedahkan bekas suaminya hanya memberi nafkah anak sebanyak RM0.03 sen je untuk Disember 2024.

Perkongsian mencetuskan kemarahan netizen yang mengecam tindakan tidak wajar lelaki tersebut.

IKLAN

BACA: “Dia Cuba Nak Kenakan Saya..” – Bekas Suami Tergamak ‘Bank In’ 3 Sen Untuk Nafkah Anak

Susulan pendedahan, stesen radio Kool FM telah menghubungi wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Katanya, bekas suami memberikan nafkah 3 sen selepas disindir memberikan jumlah nafkah yang tidak logik.

nafkah

Pada awalnya, bekas suami menghentam dirinya gara-gara menghantar anak ke pengasuh tidak berdaftar. Jawapan balas yang diberikan dirinya membuatkan bekas suaminya rasa tercabar.

Sebenarnya hari tu, saya punya tahap kesabaran dah hilang. Saya dah penat terima hinaan, penat terima cacian. Dia complaint saya hantar anak dekat pengasuh tak berdaftar tapi disebabkan amount yang dia bagi pun sangat sikit untuk bulanan. Jadi saya cakaplah dengan dia, awak ni complaint macam bagi RM3,000 sebulan tapi awak bagi 3 sen je.

Sindiran itu membuatkan bekas suaminya ‘panas’ dan bertindak balas dengan benar-benar memberikan nafkah sebanyak 3 sen untuk anak mereka.

Jelas wanita ini lagi, dia sebenarnya berseloroh kerana sudah hilang sabar tetapi tidak sangka bekas suami benar-benar ‘bank in’ 3 sen.

Video penuh:

@kool101my

Mana lah nak cukup nafkah 3 sen tu.😓 Awalnya, Siti cuma berseloroh je, sekali betul-betul bekas suami dia bagi 3 sen untuk nafkah anaknya.😞 Setuju apa yang @Datuk Aznil Nawawi cakap, jangan jadikan hak nafkah anak sebagai senjata untuk balas dendam.👍🏻 Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

#OhmediaNasihat

Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak, terutamanya ibu bapa yang telah berpisah. Nafkah anak adalah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang enteng. Jangan sesekali menjadikan anak mangsa ego dan dendam kerana akhirnya ia akan memberi kesan negatif kepada anak itu sendiri. Ingatlah, nafkah bukan sekadar kewajipan tetapi tanda kasih sayang kepada anak.

nafkah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: @kool101my


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas