Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Kecoh Di Indonesia Apabila Satu Video Viral Menunjukkan Matahari Terbit Dari Arah Utara

Trending

(VIDEO) Kecoh Di Indonesia Apabila Satu Video Viral Menunjukkan Matahari Terbit Dari Arah Utara

Tular di media sosial Indonesia semalam, satu rakaman video di Jeneponto yang menunjukkan matahari terbit dari utara. 

ADVERTISEMENT

Kejadian ini dirakam oleh seorang guru di Madrasah Aliyah Negeri (Man) Binamu Jeneponto yang merakam menggunakan telefon bimbitnya sejurus menyaksikan kejadian, dan memuat naik di media sosial, menurut Kompas.Com. 

“Melaporkan dari MAN Binamu. Sesuatu yang sangat aneh sudah berlaku. Matahari berada di sebelah utara pagi ini, Khamis 17 Jun. Sekarang jam 8 pagi, tetapi matahari sudah berada di sebelah utara,” katanya dalam video berkenaan.

“Kami bersama rakan-rakan di Jeneponto menyaksikan sendiri kejadian aneh ini. Belum pernah dilihat sebelum ini, kebiasaannya matahari pagi terbit dari timur, tetapi ketika ini (8 pagi) sudah berada di utara, tidak pernah terjadi peristiwa ini,” kata beberapa rakan guru berkenaan yang turut juga menyaksikan fenomena itu.

Kedengaran suara di dalam rakaman video tentang kejadian itu dikaitkan ada kaitan dengan tanda-tanda hari kiamat. 

Namun, ia bukan petanda akan berlaku bencana buruk. Pihak Kompas.com menerima penjelasan dari Ketua Stesen Meteorologi Sultan Hasanuddin Makassar, Hari Triwibowo yang memaklumkan fenomena itu berlaku setiap tahun

Kejadian ini disahkan juga ketika menghubungi kakitangan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) WIlayah IV Makassar, Agusmin H.

Fenomena matahari terbit dari utara disebut sebagai gerakan semu matahari (GSM), kata beliau 

https://twitter.com/gusAMIlover/status/1405786885897670659

“Apabila ia berlaku, kedudukan bumi condong sekitar 23 darjah. Putaran bumi di sekitar matahari yang tidak tegak lurus menjadikan hemisfera utara menerima banyak cahaya matahari dan sebaliknya berlaku di bumi selatan,” katanya.

Kejadian ini berlaku akibat dari perubahan cuaca, iaitu cuaca sejuk dan panas.

Selain daripada itu, kedudukan Jeneponto di Sulawesi Selatan berada pada garis lintang di selatan khatulistiwa.

Kedudukan matahari seolah-olah akan terasa lebih terletak atau bergeser di utara pada bulan-bulan tertentu seperti Mac hingga September dan akan terasa pada Jun dan Julai puncaknya. 

Pada September hingga Mac, begitu juga sebaliknya matahari seolah-olah bergerak ke Selatan.

Kredit : HarianMetro dan gusAMIlover

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas