Baru-baru ini Muhammad Isma Azwa Md Salleh telah mengalami kemalangan dan disahkan meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, apabila difahamkan dia baru menimang cahaya mata pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi laporan Sinar Harian, kakak ipar kepada mangsa iaitu Nurshahirah Nadiah Mohammad Azzan berkata, kejadian tersebut berlaku ketika arwah dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura.
Keadaan motor selepas kejadian
Kemalangan itu berlaku ketika arwah berada di jalan lurus dan dilanggar kereta yang mahu membelok. Kesan daripada perlanggaran itu, pihak hospital mengesahkan dia meninggal dunia akibat pendarahan dalaman.
Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik tetapi malam sebelum kejadian, dia meninggalkan pesanan kepada isteri, Norshahirah Nabihah Mohammad Azan, 33, bahawa dia ada senaraikan beberapa perkara berkaitan nazar dan maklumat penting dalam nota telefon bimbitnya.
Namun, ketika kejadian telefon bimbit arwah hilang dan kami gagal mengesan dimana kedudukannya. Kami sangat perlukan semula untuk selesaikan semua urusan arwah dan keluarga.
Nadiah berkata, ahli keluarganya sudah membuat pencarian di kawasan tersebut namun telefon bimbit tersebut masih belum dijumpai.
Ujarnya, pihak keluarganya akan memberi ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang menjumpai telefon tersebut.
Saya mohon pulangkan balik sebab itu saja kenangan yang kami ada. Kami tak marah siapa yang terambil dan boleh pulangkan semula dengan menghubungi saya (013-969 6212) atau balu arwah (019-7665773).
Kami boleh bagi ganjaran wang tunai kalau orang itu perlukan duit. Kasihanilah keluarganya, arwah pula meninggalkan isteri dan putera sulung mereka Yusuf Muhammad Isma Azwa yang berusia baru lapan bulan.
Tambahnya, sehingga kini isteri mangsa masih perlu berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan akibat komplikasi ketika bersalin kerana ‘cathether’ sepanjang 9 sentimeter tertinggal di ruang tulang belakang ketika pembedahan.
#OhmediaNasihat
Kehilangan insan tersayang adalah ujian yang amat berat. Marilah kita saling membantu dan meringankan beban keluarga ini. Jika ada yang menemukan telefon bimbit arwah, bantu pulangkan agar keluarga dapat menyelesaikan urusan penting arwah. Sama-sama kita doakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.