Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, 46, mendedahkan bahawa mereka sekeluarga telah membuat keputusan untuk menghalalkan wang yang dicuri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Oktober lalu.
Menerusi hantaran video di TikTok, Nilam berkongsi keputusan tersebut setelah tiada sebarang berita mengenai kehilangan wang tersebut sehingga kini.
“Kami halalkan demi Allah dan Rasul”- Nur Nilam…
Nilam menjelaskan bahawa dia dan suami sudah berbincang dan akhirnya memutuskan untuk redha serta menghalalkan wang itu demi mempermudahkan urusan hidup mereka.
Demi Allah demi Rasul, kami halalkan duit tersebut dunia akhirat supaya jalan dan urusan kami dipermudahkan. Kami pun masih belum terima panggilan telefon atau mesej dari sesiapa untuk pulangkan wang berkenaan.- Katanya dalam video tersebut.
Maafkan pelaku dan berharap mereka berubah…
Untuk awak (pelaku) yang ambil duit kami, kami suami isteri halalkan duit tersebut. Supaya kejadian ini menjadi asbab untuk awak berubah, sama-sama doa. Semoga Allah lapangkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga.- Tambahnya.
Azlan Komeng alami kecederaan serius…
Kemalangan yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Kancil milik pasangan tersebut yang bertembung dengan sebuah trak polis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan.
Akibat kemalangan tersebut, Azlan mengalami kecederaan serius pada bahagian tangan dan kedua-dua belah kaki sehingga memerlukan pembedahan. Nilam pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Untuk makluman, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022, dan kini sedang berdepan cabaran besar dalam mengharungi kehidupan seharian.
#OhmediaNasihat
Kadangkala, musibah yang menimpa boleh menjadi ujian besar dalam hidup. Namun, sikap redha dan memaafkan, seperti yang ditunjukkan oleh Azlan dan Nilam, adalah contoh ketenangan jiwa dan keikhlasan yang patut kita teladani.
Dalam hidup, sentiasa percayalah bahawa rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan yang hilang mungkin akan digantikan dengan yang lebih baik. Semoga kita semua terus kuat menghadapi ujian dengan hati yang terbuka!