Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Berang Motorsikal Dijual Bagi Tampung Kos Kenduri, Bakal Suami Mogok Tidak Hadir Ke Majlis Persandingan

Befunky collage

Trending

Gara-Gara Berang Motorsikal Dijual Bagi Tampung Kos Kenduri, Bakal Suami Mogok Tidak Hadir Ke Majlis Persandingan

Setiap orang pasti mengimpikan majlis persandingan yang meriah ketika hari perkahwinan nanti. Hari di mana kita akan di sandingkan dengan orang yang kita cintai dihadapan tetamu yang hadir.

BACA: Pegawai Duduk Selesa Di Bawah Khemah, Askar Veteran Dibiar Berjemur Tengah Panas

Namun, lain pula jadinya pada pasangan ini apabila bakal suaminya tidak hadir pada hari persandingannya.

IKLAN

Mogok selepas motorsikal dijual untuk tampung kos kenduri

Menurut Kosmo, seorang pengantin perempuan terpaksa bersanding sendirian di atas pelamin selepas pengantin lelaki enggan hadir ke majlis kerana marah kepada wanita itu. Kejadian itu dipercayai berlaku di Palembang, Sumatera Selatan.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai DH itu walau bagaimanapun tetap meneruskan majlis persandingan itu tanpa kehadiran pengantin lelaki bagi menghormati tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Menurut Rapita, ibu kepada pengantin perempuan, calon menantunya itu berasa marah selepas motosikal miliknya telah dijual ibu dan bapanya bagi membiayai pernikahannya.

Lelaki tersebut ada menghubungi DH menerusi aplikasi WhatsApp dan menyuarakan rasa marahnya seminggu sebelum majlis persandingan itu berlangsung.

Difahamkan, pengantin lelaki itu meminta agar wanita tersebut mengembalikan wang hasil jualan motorsikalnya dan menyalahkannya kerana motosikal miliknya telah dijual.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas