Connect with us

Oh! Media

Tidak Ditawar Jawatan Tetap, Hartal Doktor Kontrak Bakal Anjur Mogok Kedua?

Trending

Tidak Ditawar Jawatan Tetap, Hartal Doktor Kontrak Bakal Anjur Mogok Kedua?

Sebelum ini, sekumpulan doktor kontrak daripada fasiliti kesihatan seluruh negara membuat perhimpunan beramai-ramai selama 10 minit menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor baharu dan kontrak. Ini termasuk hak gaji serta jaminan sama seperti doktor tetap yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: Doktor Kontrak Dapat Tawaran Lumayan Di Luar Negara?

Walau bagaimanapun, tuntutan mereka ini dipercayai tidak dipenuhi apabila kerajaan memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan tidak menawarkan jawatan tetap seperti mana diumumkan dalam Bajet 2022.

Susulan itu, Sinar Harian melaporkan, Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan itu.

Lima tahun dalam perbincangan. Masih tiada penyelesaian.

Janji lantikan tetap dengan KWSP yang sering kali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

Mereka berpendapat, lanjutan kontrak adalah membuang masa kerana tidak menjanjikan jaminan kerjaya yang menjadi tuntutan mereka selama ini.

Dengan ini, kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai protes.

Mereka turut merasakan pengorbanan selama dua tahun berhempas pulas melawan Covid-19 tidak dihargai.

hartal doktor kontrak

Mengenai tarikh mogok kedua, wakil gerakan iaitu Dr Mustapha Kamal tidak memaklumkan secara terperinci.

Difahamkan, Gerakan HDK melakukan kempen untuk menamatkan ‘sistem dua peringkat’ antara doktor pelatih tetap dan kontrak. Doktor kontrak tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah tempatan untuk menjadi pakar. Mereka juga tidak dijamin jawatan tetap selepas lima tahun kontrak.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas