Connect with us

Oh! Media

perak fc

Trending

Rakyat Perak Digesa Derma Seorang RM1, Bantu Bayar Gaji Pemain Dan Pegawai Perak FC Tertunggak Hingga 7 Bulan?

Kemelut kewangan yang dihadapi kelab bolesepak tempatan Perak nampaknya masih buntu hingga ke hari ini. Disebabkan itu, gabungan Persatuan Penyokong Bolasepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) tampil mencadangkan rakyat Perak sama-sama membantu Perak FC.

Antara cadangan yang dimaklumkan setiausahanya, Hakimi Helmi adalah dengan meminta setiap rakyat Perak menderma RM1 seorang. Dengan kutipan dana ini, mereka yakin ia dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi Perak FC.

IKLAN

Pemain dan pegawai Perak FC tidak terima gaji 2 hingga 7 bulan

Kita ada lebih sejuta rakyat. Jika seorang hulur RM1, kita akan ada RM1 juta lebih. Dengan duit ini kita bayar gaji pemain, pegawai pasukan dan persatuan yang ketika ini menghadapi kemelut tidak dibayar gaji antar dua hingga tujuh bulan.

Hakimi turut merasakan tidak salah meminta rakyat Perak membantu pasukan kegemaran mereka.

Jadi apa salahnya rakyat berkorban demi masa depan bola sepak. Saya rayu kepada rakyat Perak supaya menghulurkan bantuan. – Katanya.

Dalam pada itu, TBG Mobs turut berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,000 untuk diagihkan kepada pemain. Mereka terpanggil untuk melakukan usaha ini sebaik sahaja mengetahui pemain Perak terutama skuad Piala Presiden dan Belia tidak menerima bayaran gaji yang agak lama.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas