Trending
“Mata Makin Tak Nampak” – Pernah Viral Dengan Video ‘Slow-Mo’, Budak 46 Hidap Retinitis Pigmentosa
Penglihatan Budak 46 semakin terjejas dari hari ke hari, namun masih rajin buat affiliate.
Ramai yang mengenali Budak 46 menerusi video ‘slow-mo’ di TikTok, namun tidak semua tahu kisah kesihatan yang sedang dilaluinya dalam diam.
Baru-baru ini, satu perkongsian daripada individu dikenali sebagai Cuna telah meraih perhatian ramai apabila dia mendedahkan keadaan sebenar Budak 46 yang mengalami masalah penglihatan.
Ramai tertanya-tanya keadaan Budak 46
Cuna berkata, Budak 46 yang merupakan abang kandungnya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis gangguan mata yang menyebabkan penglihatan semakin terjejas secara perlahan-lahan.

Dalam perkongsian sama, Cuna turut meminta mereka yang mengenali Budak 46 agar terus memberi sokongan terhadap affiliate di video TikTok abangnya.
Cuna juga menitipkan permintaan agar orang ramai mendoakan abangnya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

