Oh! Artis
(Video) Siap Salam Cium Tangan, Aisar Khaled Diserbu Peminat Indonesia Selepas Solat
Pempengaruh, Aisar Khaled, kini mencetuskan fenomena luar biasa di Indonesia apabila peminat negara jiran itu menunggunya selesai menunaikan solat semata-mata untuk bergambar bersama.
Video yang dikongsi peminatnya di aplikasi Tiktok, turut memaparkan Aisar sedang bersiap untuk menunaikan solat. Sementara peminatnya menanti di luar kawasan masjid tersebut.
Sanggup tunggu Aisar dari jam 8 pagi
Dalam video tersebut, peminatnya turut meluahkan rasa kagum terhadap Aisar kerana menunaikan solat. Malah, ada yang mengakui sudah menunggu sejak pagi hanya untuk berjumpa dengannya.
Sampai ada yang salam dan mahu pegang Aisar
Rata-rata peminat yang bergambar dengan Aisar menjerit dengan penuh keterujaan, sampai ada yang tidak malu dan segan terus bersalaman dengan Aisar.
Byon Combat 4 permulaan Aisar mula terkenal di Indonesia

Nama Aisar mendapat perhatian di negara jiran itu selepas menyertai pertandingan tinju menentang selebriti, Fadly Faisal.
Selain itu, yang menjadikan populariti Aisar meningkat secara mendadak adalah kerana Aisar ada menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan adik Fadly, iaitu Fuji.
