Connect with us

Oh! Media

“Semua Orang Benci Saya” – Lelaki OKU Dibuang Keluarga, Luah Rasa Rindu Dalam Diari

diari syafiq

Trending

“Semua Orang Benci Saya” – Lelaki OKU Dibuang Keluarga, Luah Rasa Rindu Dalam Diari

Penyampai radio Era FM, Muna Bella tak dapat menahan sebak membaca diari yang ditulis seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Syafiq.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Warga Emas Dipukul Anak Dan Menantu Sebelum Dibuang

Difahamkan, Syafiq merupakan salah seorang penghuni di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia terletak Kajang, Selangor sejak tahun 2018.

Dalam diari yang ditulis, Syafiq berkata dia telah dibuang keluarga dan hampir 7 tahun menetap di pusat jagaan itu.

Syafiq menangis setiap hati kerana sangat merindui keluarga dan adik-adiknya. Tulis lelaki berusia 27 tahun ini, dia hanya inginkan kasih sayang yang tidak pernah berubah untuk dirinya yang serba kekurangan.

Tak ada sesiapa pun yang mahu peluk saya. Saya sangat sedih sebab semua orang benci saya, buli saya, suka ejek saya cacat. Saya selalu sendiri sebab saya tahu semua orang jahat dengan saya. Saya selalu diam je walau orang lain suka buli saya.

Syafiq berkata lagi, dia sebenarnya penat dengan kehidupannya sekarang. Dia memohon diberikan semangat untuk kekal kuat mengharungi ujian yang ditakdirkan.

Dia juga mendoakan semoga semua orang diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

Kredit: Instagram era.je

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas