Connect with us

Oh! Media

‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Masuk Netflix, Anak Pengarah Berang Bapa Tak Dapat Habuan?

Trending

‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ Masuk Netflix, Anak Pengarah Berang Bapa Tak Dapat Habuan?

Sebut sahaja tentang sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, sudah pasti akan diingati oleh masyarakat oleh sebab ia merupakan salah satu hiburan popular pada tahun 90-an.

ADVERTISEMENT

BACA: Lakar Sejarah Baru, Upin & Ipin Kini Dalam Netflix Australia Dan UK

Ia merupakan idea daripada pengarah terkenal, Hatta Azad Khan yang menceritakan mengenai kehidupan penduduk di Flat Seri Wangi.

Pelakon-pelakonnya juga dari kalangan pelawak otai tanah seperti Imuda, Allahyarham Zami Ismail, Sabri Yunus dan sebagainya.

Lebih mengejutkan sitkom yang popular pada era 1990-an itu dikhabarkan mula dapat ditonton ramai menerusi platform penstriman, Netflix pada 30 Oktober depan.

Anak Othman Hafsham tidak berpuas hati?

Disebalik berita mengejutkan itu, anak kepada pengarah dan penerbit naskhah tersebut, Othman Hafsham iaitu Sharmaine Othman meluahkan sedikit ketidakpuasan hati.

Perkara itu diluahkannya melalui laman Twitter, dia mendakwa bahawa bapanya tidak dibayar satu sen pun meskipun berperanan sebagai pengarah sitkom tersebut.

Tambahnya lagi, dia mendakwa bahawa hak royalti dan pemilikan sitkom itu dipegang sepenuhnya oleh syarikat gergasi televisyen tanah air, TV3.

Untuk pengetahuan kalian, bapa aku tak dapat satu sen. TV3 pegang hak sepenuhnya. Malangnya, itulah yang telah dipraktikkan sejak lama dahulu.

https://twitter.com/shamaineothman/status/1435223592950665227

Selain itu, menerusi ciapannya, walaupun ia amat membanggakan kerana karya bapanya ditayangkan di platform itu, namun ia akan menjadikan perkara yang memalukan jika pihak yang terlibat tidak menerima sebarang royalti.

https://twitter.com/shamaineothman/status/1435463902754529283

Netizen turut beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruanga komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati terhadap perkara itu selain turut memberikan pelbagai hujahan.

Selain itu terdapat juga komen yang menyatakan bahawa semua perkara itu ada berkait rapat dengan perjanjian serta kontrak yang pernah dibincangkan dahulu.

Walaubagaimanapun, ciapannya itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 2,000 tweet semula serta 3,333 tanda suka.

Kredit: Twitter Sharmaine Othman I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas