Connect with us

Oh! Media

Lakar Sejarah Baru, Upin & Ipin Kini Dalam Netflix Australia Dan UK

Trending

Lakar Sejarah Baru, Upin & Ipin Kini Dalam Netflix Australia Dan UK

Siapa tak kenal animasi Upin & Ipin kan? sebuah animasi yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Copaque Production yang kini menjadi kegemaran masyarakat tidak kiralah dari kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Upin & Ipin kini berjaya menawan hati masyarakat di dalam Malaysia mahupun di luar negara.

ADVERTISEMENT

Sekali lagi, program animasi popular ini berjaya melakar sejarah dan mengharumkan nama Malaysia apabila perkhidmatan televisyen (TV) Penstriman terkemuka, Netflix di United Kingdom (UK) dan Australia mula menayangkan animasi itu sebagai salah satu kandungan yang kini tersedia kepada pelanggan sejak 7 April yang lalu.

Animasi Upin & Ipin sekali lagi melakar sejarah mereka yang tersendiri

 Pengurus Pemasaran Antarabangsa syarikat Les’ Copaque Production,  Karya Budi Mohd Aris, 39, berkata tawaran Netflix UK dan Australia bagi memasukan Upin dan Ipin dalam Netflix mereka merupakan salah satu tanda bahawa animasi ini merupakan sebuah karya yang bermutu dan berkualiti.

Kami bangga apabila Netflix UK dan Australia mahu menayangkan karya kami di platform mereka. Secara tidak langsung, ini membuktikan kualiti kandungan kami dan petunjuk bahawa karya kami mencapai standard antarabangsa.

Pada masa sama, ini menunjukkan penceritaan yang dipaparkan dalam Upin & Ipin boleh diterima pakai di mana-mana sahaja.

Pada masa yang sama, Budi mengatakan bahawa beliau kurang pasti sama ada Upin & Ipin merupakan animasi tempatan pertama yang dipilih dalam platform penstriman itu. Walaubagaimanapun, beliau tetap berbangga dengan penerimaan mereka terhadap Upin & Ipin

Kami tidak pasti sama ada pihak mereka ada mengambil karya animasi tempatan yang lain. Kami tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Tapi apabila pihak sana menerima kandungan kami, ia sudah membuatkan kami berbangga.

Ini membuktikan bahawa hasil kerja kami bukan saja diterima di Malaysia, malah di luar negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan ini yang mana karya tempatan kita berjaya mendapat tempat dalam hati mereka dan mengharapkan lebih ramai lagi negara akan memandang animasi Malaysia sebagai salah satu animasi yang mampu bersaing dengan animasi-animasi popular yang lain.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas