Connect with us

Oh! Media

Netizen Seberang ‘Claim’ Filem Dongeng Sang Kancil Ciplak Budaya Indonesia?

sang kancil

Trending

Netizen Seberang ‘Claim’ Filem Dongeng Sang Kancil Ciplak Budaya Indonesia?

Filem animasi Dongeng Sang Kancil yang diterbitkan oleh Les’ Copaque Production bersama Astro Shaw dan kini ditayangkan di Netflix dikatakan mencuri budaya Indonesia, biar betul?

Dakwaan ini timbul selepas seorang pengguna aplikasi X meluahkan rasa kurang senang dengan penerbitan filem itu.

IKLAN

Lelaki Indonesia dakwa filem Dongeng Sang Kancil ciplak budaya mereka

Individu tersebut mendakwa kisah Sang Kancil yang ditayangkan itu sebenarnya milik budaya Indonesia dan sudah tercatat sejak tahun 1822 dalam Serat Kancil Amongsastra.

sang kancil

Katanya lagi, ini bukan kali pertama budaya Indonesia ‘diklaim’ oleh orang lain. Jadi penting untuk mereka mempertahankan budaya untuk mengelakkan generasi muda lupa akan asal usulnya.

Dia turut menekankan bahawa nilai ekonomi dari hasil seni tempatan juga boleh terjejas jika budaya terus ‘diambil’ negara lain.

sang kancil

Netizen ini tidak menafikan bahawa kekurangan sokongan terhadap industri animasi di Indonesia seperti teknologi dan bajet kerajaan menjadi faktor utama kenapa Malaysia dilihat lebih ke hadapan dalam mempersembahkan karya sebegini.

Dia turut mencadangkan beberapa solusi untuk menangani isu ‘ciplak’ ini.

sang kancil

Netizen Malaysia beri penjelasan

sang kancil

Selepas dakwaan tersebut tular, netizen Malaysia terus bangkit memberikan penjelasan balas. Mereka menegaskan bahawa cerita Sang Kancil sememangnya berasal dari rantau Kepulauan Melayu yang meliputi kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.

Bahkan, terdapat rekod bertulis tertua dari abad ke-19, namun ia dipercayai berasal daripada tradisi lisan yang telah wujud lebih awal.

Jelas mereka, label ‘Malaysia’ pada filem tersebut hanyalah merujuk kepada penghasilan dan produksi yang dilakukan sepenuhnya oleh pihak Malaysia, bukannya untuk ‘mencuri’ sejarah atau budaya negara jiran seperti yang didakwa.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia seni dan budaya, sempadan negara kadang-kadang kabur, apatah lagi bila ia berasal daripada warisan serumpun.

Apa yang penting, kita hargai usaha dan kreativiti anak tempatan dalam mempersembahkan cerita lama dengan cara baru yang dapat dinikmati semua. Chill okay?

Kredit: X ritchier2014 | Beautifulnara
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas