Connect with us

Oh! Media

Pergi Tengok Kat Wayang Sekarang! Filem Animasi Mechamato Bikin Penonton Meremang!

Branded

Pergi Tengok Kat Wayang Sekarang! Filem Animasi Mechamato Bikin Penonton Meremang!

“Wira lahir bukan dari kuasa. Wira lahir dari keberanian dan tanggungjawab”

Siapa dah tengok filem animasi Mechamato Movie dekat wayang? Ohmedia dah dua kali layan movie ni, kali pertama masa tayangan perdana. Tapi sebab filem ni syok sangat kami pergi tengok sekali lagi!

Mechamato Movie betul-betul buat kami rasa bangga jadi rakyat Malaysia dengan elemen-elemen yang ditampilkan membuatkan penonton rasa dekat sangat dengan filem ni.

Apa yang lebih mengujakan filem ni merupakan satu-satunya siri animasi luar yang mendapat tempat ke-4 di Tokyo Anime Award Festival 2023 tau!

“Recommended movie! Bapa Dengan Mak Budak Pun Boleh Layan!”

Keluar wayang, inilah rata-rata respon yang kami terima. Dalam panggung bukan suara kanak-kanak je yang teruja, mak ayah mereka pun sekali.

Masing-masing tak berhenti cakap tentang Mechamato Movie, daripada scene pertarungan sehinggalah tergamam tengok Kota Hilir.

Kalau korang nak tau, dalam filem ni korang boleh tengok seni bina Malaysia diangkat sebagai latar tempat di mana Kota Hilir merupakan inspirasi daripada Bandar Hilir di Melaka.

Ada bangunan Stadthuys hingga ke Sungai Melaka, semua nampak REAL dalam movie ni. Terus rasa macam nak melancong ke Melaka!

Mechamato Angkat nilai ‘Kemelayuan’

Satu lagi yang menarik perhatian mengenai Mechamato Movie ni ialah bagaimana mereka mempopularkan seni mempertahankan diri silat dan memperkenalkan keris sebagai senjata warisan masyarakat Melayu. 

Part paling best semestinya semasa pertempuran Maskmana menentang Grakakus, scene pertempuran mereka memang mantap, lagi-lagi masa Maskmana keluarkan keris dia dan sebut “Bismillah”. Meremang weyh!

Mechabot Mechanize!!!!

Kalau kami je yang teruja tak best, ni Ohmedia nak ‘paksa’ korang pergi tengok Mechamato The Movie dekat wayang!

Ambil peluang cuti sekolah ni bawa anak-anak untuk tonton filem animasi tempatan ni. Kami berani jamin bukan kanak-kanak je, korang pun akan enjoy sekali tengok movie ni nanti.

Inilah masanya nak rasa bangga tengok filem animasi tempatan kita yang hebat dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Siapa lagi kalau bukan kita nak support dan mengangkat seni budaya dan warisan untuk tatapan generasi akan datang kan?

Jadi apa tunggu lagi? Teruskan #DemamMechamato dengan pergi menonton filem Mechamato Movie di pawagam berdekatan korang sekarang!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas