Connect with us

Oh! Media

Azza Elite Kongsi Pengalaman Ditipu Bekas Pekerja, Rugi RM40,000

Ohmedia azza elite pekerja

Oh! Artis

Azza Elite Kongsi Pengalaman Ditipu Bekas Pekerja, Rugi RM40,000

Azza Elite kongsi pengalaman ditipu bekas pekerja sebagai peringatan kepada usahawan supaya lebih berhati-hati.

Pelakon dan penyanyi, Azza Elite sekali lagi membuka kisah lama apabila pernah menjadi mangsa penipuan bekas pekerja sendiri.

Perkongsian itu dibuat bukan untuk membuka aib sesiapa, sebaliknya sebagai peringatan kepada usahawan lain supaya tidak terlalu mudah percaya dalam urusan perniagaan.

Azza Elite dedah rugi RM40,000

Kredit Foto Azza Elite

Azza atau nama sebenarnya Nir Azzarima Zawari berkata, kejadian itu berlaku tahun lalu dan individu terbabit juga sudah pun ditahan sebelum dibebaskan.

IKLAN

Menurut Azza, dia berkongsi semula pengalaman itu susulan isu penipuan melibatkan pembayaran cukai beberapa usahawan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Baginya, pengalaman ditipu bekas pekerja bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kerugian sebanyak RM40,000.

Saya tak mahu orang lain melakukan kesilapan yang sama, terutama terlalu mempercayai staf.- Katanya.

Bukti tidak diterima mahkamah

Kredit Foto Azza Elite

Dalam kes tersebut, Azza berkata dia ada mengambil beberapa langkah untuk mendapatkan bukti terhadap bekas pekerjanya.

Bagaimanapun, usaha itu tidak banyak membantu kerana bukti yang diperoleh tidak boleh digunakan dalam prosiding mahkamah.

Azza menjelaskan, kesnya dianggap sebagai kecuaian sendiri walaupun dia mendakwa mempunyai video pengakuan daripada individu terbabit.

Dia bagaimanapun menghormati segala keputusan yang telah ditetapkan dan menerima perkara tersebut sebagai pengajaran besar dalam hidupnya.

Kongsi bukan untuk malukan sesiapa

View on Threads

Azza turut menegaskan, perkongsian semula video di Threads itu bukan dibuat untuk memalukan mana-mana pihak.

Sebaliknya, dia mahu orang ramai lebih berwaspada, terutama mereka yang menguruskan perniagaan dan mempunyai staf sendiri.

Walaupun pernah melalui pengalaman pahit, Azza berharap bekas pekerjanya itu sudah insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan.

Menurut Azza, perkara itu sudah berlalu dan dia sendiri sudah meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pssttt! Dalam urusan kerja atau bisnes, percaya itu penting tapi semakan tetap kena jalan. Kadang-kadang orang yang kita paling percaya itulah yang boleh buat kita terduduk. Jadi korang yang ada bisnes tu, ambil iktibar daripada kisah Azza Elite ditipu ini dan pastikan semua urusan kewangan direkod dengan jelas.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas