Connect with us

Oh! Media

“Muka Sama La, Mamu Kuasa Dua” – Netizen Teruja Tengok Kemesraan Noor Nabila Dan Kekasih Ketika Live

Ohmedia noor Nabila Kekasih

Oh! Artis

“Muka Sama La, Mamu Kuasa Dua” – Netizen Teruja Tengok Kemesraan Noor Nabila Dan Kekasih Ketika Live

Ameer Aiman dedah sisi Noor Nabila yang kelakar, penyayang, tidak berkira dan pandai memasak.

Sesi siaran langsung selebriti media sosial, Noor Nabila bersama kekasih, Ameer Aiman sekali lagi mencuri perhatian apabila kemesraan mereka membuatkan ramai netizen tersenyum sendiri.

Bukan sekadar seronok melihat cara pasangan itu berborak, ada juga yang merasakan pasangan ini serasi seperti pinang dibelah dua.

Netizen kata Noor Nabila dan Ameer Aiman serasi bersama

Menerusi perkongsian semula di TikTok, Noor Nabila dan Ameer dilihat melayan pertanyaan pengikut mengenai detik perkenalan mereka.

IKLAN
@datslmk

Perkenalan bermula di gym muka ameer masam je 🤣🤣🤣 #noornabila #bella

♬ original sound – ℒ𝒾𝓁 𝓂ℯ – ℒ𝒾𝓁 𝓂ℯ

Keserasian mereka ketika berbual turut menjadi perhatian apabila masing-masing kelihatan selesa menyakat dan berkongsi cerita di hadapan pengikut.

Dalam sesi sama, seorang pengikut turut meminta Ameer menyenaraikan lima perkara yang paling disukainya mengenai Noor Nabila.

Ameer kemudian mendedahkan bahawa wanita itu memiliki beberapa sisi peribadi yang membuatkan dirinya kagum. Antaranya, penyayang, tidak berkira dan sangat menjaga kebajikan dirinya.

Noor Nabila

Ameer turut mendedahkan Nabila sebenarnya seorang yang pandai menceriakan suasana dan mempunyai bakat memasak.

Jawapan spontan itu membuatkan ramai terhibur, terutama apabila Ameer menganggap kecantikan Nabila sebagai sesuatu yang sudah jelas dan tidak perlu disebut.

Malah, ada netizen yang merasakan mereka begitu sepadan sehingga tertanya-tanya sama ada pasangan tersebut sudah bergelar suami isteri.

Beberapa netizen turut memuji keperibadian Nabila yang dikatakan pemurah dan tidak lokek membantu orang lain.

Terdahulu, Ameer pernah berkongsi bahawa perkenalannya dengan Nabila bermula di sebuah gimnasium. Ketika itu, Nabila merupakan pelanggan tetap di tempat Ameer bekerja.

Pssttt! Bila sudah selesa dan serasi, gaya bercakap serta ekspresi wajah pun kadang-kadang boleh nampak hampir sama. Apa pun, gelagat santai Noor Nabila dan Ameer Aiman ketika live memang berjaya menceriakan pengikut mereka.

Kredit: TikTok @datslmk
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas