Connect with us

Oh! Media

Wanita Didenda RM2,800 Selepas Sebar Video Lucah Bekas Suami

Ohmedia polis tangkap

Oh! Tidak

Wanita Didenda RM2,800 Selepas Sebar Video Lucah Bekas Suami

Wanita didenda RM2,800 selepas mengaku salah sebar video lucah membabitkan bekas suami dan wanita lain.

Bila emosi menguasai diri, satu tindakan yang dibuat tanpa fikir panjang boleh bertukar jadi kes mahkamah. Itu yang berlaku dalam satu kes di Melaka apabila isu rumah tangga lama akhirnya berakhir dengan hukuman denda.

Tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki gambar dan video lucah yang disimpan dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone. Perbuatan itu dilakukan di tepi Jalan Ayer Keroh Lama, dalam daerah Melaka Tengah, pada jam 4 petang, 11 Januari 2026.

IKLAN

Sebar video kepada keluarga mangsa

Polis

Berdasarkan fakta kes, pengadu menerima satu rakaman video daripada kakaknya pada Disember tahun lalu. Rakaman itu dihantar menggunakan nombor telefon yang dipercayai milik tertuduh.

Video berkenaan didakwa memaparkan pengadu sedang melakukan hubungan seks dengan bekas suami tertuduh dan dipercayai dirakam tanpa pengetahuan atau persetujuan mangsa.

Tertuduh juga didakwa menyebarkan video itu kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dan berasa teraniaya dengan tindakan tersebut.

Rayu hukuman dikurangkan

Kredit Foto Sinar Harian

Di mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam dilihat menangis ketika merayu agar hukuman terhadapnya dikurangkan.

Wanita itu mengakui kesilapannya dan memaklumkan dia bertindak demikian kerana berada dalam keadaan emosi selepas baru mengalami keguguran, selain menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman berat sebagai pengajaran kerana kesalahan itu melibatkan penyebaran bahan lucah membabitkan individu yang dikenal pasti.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda. Mahkamah turut memerintahkan barang kes dilupuskan.

Pssttt! Marah, kecewa atau terluka macam mana sekalipun, jangan sesekali jadikan aib orang sebagai senjata. Sekali bahan peribadi tersebar, bukan saja maruah mangsa terjejas, diri sendiri pun boleh berdepan tindakan undang-undang. Fikir panjang sebelum buat sesuatu yang akhirnya makan diri.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas