Connect with us

Oh! Media

Bersaing Sengit Dengan Filem Avatar, Mechamato Movie Maintain FULL HOUSE. Power Kannn?!

Trending

Bersaing Sengit Dengan Filem Avatar, Mechamato Movie Maintain FULL HOUSE. Power Kannn?!

Last week kecoh dekat media sosial tayangan untuk filem animasi tempatan Mechamato Movie dikurangkan di pawagam bagi memberi laluan kepada filem antarabangsa, Avatar: The Way Of Water yang katanya ‘dinanti’ ramai.

ADVERTISEMENT

Kami sejujurnya agak terkilan dengan layanan yang diberikan kepada filem tempatan yang seolah-olah berat sebelah. Apa salahnya berikan sokongan kepada filem animasi tempatan dengan memperuntukkan slot tayangan yang sama, memandangkan Mechamato Movie masih lagi rancak dibicarakan dan mendapat perhatian ramai.

Tapi nasib baiklah ada campur tangan daripada pihak berkepentingan, terus bertambah waktu tayangan. 

Mechamato Movie Beri Saingan Sengit Pada Avatar!

Kami ingatkan Avatar yang berikan saingan pada Mechamato Movie, tapi nampak gaya macam sebaliknya pula.

Ohmedia sempatlah ‘usha’ beberapa slot tayangan di pawagam. Perghh… Ada beberapa masa tayangan Mechamato Movie masih lagi FULL HOUSE okay. 

Apa yang kami dapat katakan, filem Avatar ni dapat sambutan hangat di kawasan Lembah Klang, tapi luar daripada kawasan ni, sambutannya kurang menggalakkan. 

Penonton tepuk tangan lepas movie tamat. Bangga betul!

Rata-rata komen yang kami baca di media sosial juga sangat-sangat positif untuk Mechamato Movie ni. Siap ada yang kongsi penonton berikan tepukan lepas filem tamat ditayangkan.

Ni betul-betul satu fenomena baru!

Nampak gayanya masyarakat dah boleh berbangga dengan karya animasi tempatan yang boleh terbang tinggi. 

Raih RM 22.5 Juta Dalam Tempoh 15 Hari Tayangan. POWER!!!

Kredit: Facebook Mechamato

Ini memang gempak. Filem animasi kita, Mechamato Movie pungut lebih 20 juta dalam tempoh 2 minggu. Nampak tak, tak rugi pun sebenarnya pengusaha pawagam tambah slot tayangan, win-win situation.

Kami rasa kalau filem ni ditayangkan serentak di Indonesia dan Singapura agaknya lagi banyak kutipan untuk Mechamato Movie ni. Tapi takpe, sabar dulu…

Mechamato Movie berjaya menjadi bukti bahawa animasi tempatan kita mampu pergi lebih jauh dan boleh bersaing dengan filem-filem hebat dalam dan luar negara. 

Harap rakyat kita teruskanlah mengangkat filem tempatan yang bagus. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Psstt.. Rasanya gaji dah masuk kan? Jomlah layan Mechamato Movie dekat wayang, bawa anak-anak sekali, yang single pun boleh layan juga.

Apa tunggu lagi? Jom #sapotlokal.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas