Connect with us

Oh! Media

BoBoiBoy Kembali Selepas 5 Tahun Menyepi, Akan Jelajah 4 Galaksi!

Umum

BoBoiBoy Kembali Selepas 5 Tahun Menyepi, Akan Jelajah 4 Galaksi!

Siapa je tak kenal dengan animasi tempatan BoBoiBoy? 

ADVERTISEMENT

Bila sebut je TERBAIK, pasti akan terlintas di fikiran animasi ini. Belum lagi kalau disuruh menyanyi lagu BoBoiBoy, silap-silap dengan lagu TAPOP pun hafal. 

Itulah kekuatan sebenar animasi BoBoiBoy yang berjaya memikat hati penonton di Malaysia, tidak mengenal bangsa mahupun umur. 

BoBoiBoy Kini Kembali

Setelah 5 tahun menyepi tanpa ada sebarang siri mahupun filem dihasilkan, kini animasi BoBoiBoy kembali dengan siri terbaru BoBoiBoy Galaxy Sori. 

@boboiboy Official Poster Boboiboy Galaxy Sori #Boboiboy #KembaliBeraksi #BoboiboyGalaxy #BoboiboyGalaxySori #JedangJedung #JJTrend ♬ TAPOPS (BoBoiBoy Galaxy) – Anas Abdul Aziz

Siri ini bakal bersiaran pada 3 Disember di saluran Netflix dan TV9 pada 13 Disember 2023.  

Mesti korang ingat cuma satu siri je kan? Bukan, Monsta hadir dengan 4 siri baharu tau! 

Siri BoBoiBoy Galaxy ini bakal dibahagikan kepada 4 Siri pendek iaitu BoBoiBoy Galaxy Sori, BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy Gentar dan BoBoiBoy Galaxy Gur’latan. 

Setiap siri ini akan mengandungi 6 episod baharu dengan tema yang berbeza.

Animasi Monsta Terus Ke Hadapan

BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy, Monsta, Mechamato, Papa Pipi, TAPOPS

Selain daripada animasi BoBoiBoy yang bakal kembali Disember ini, animasi Monsta seperti Mechamato dan Papa Pipi turut mempunyai perancangan tersendiri. 

Mechamato Movie yang berjaya pecah panggung pada tahun lepas bakal ditayangkan di Nextflix seluruh dunia pada 13 November ini.

BoBoiBoy, BoBoiBoy Galaxy, Monsta, Mechamato, Papa Pipi, TAPOPS

Selain tayangan seluruh dunia Mechamato Movie di Nextflix, Mechamato juga sedang bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk melancarkan kempen bertaraf dunia pada Disember ini. 

Bagi animasi Papa Pipi pula bakal muncul dengan filem “P.A.P.A Movie Game On” pada hujung tahun hadapan.

Ini adalah satu usaha dan kejayaan buat Monsta bagi memartabatkan industri animasi Malaysia di mata dunia.

Pastikan korang menonton tau! Jangan lupa untuk terus beri sokongan buat animasi tempatan.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas