Connect with us

Oh! Media

Pasukan Pembelaan Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Perintah Larangan Bersuara

zayn rayyan

Trending

Pasukan Pembelaan Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Perintah Larangan Bersuara

Permohonan untuk perintah larangan bersuara bagi menghentikan sebarang kenyataan atau spekulasi daripada orang awam berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan telah dimohon pasukan pembelaan ibu bapa Zayn.

ADVERTISEMENT

Perkara itu disuarakan peguam, Fahmi Abd Moin  selepas Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu hingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

“Sebelum mereka dituduh pagi ini, terlalu banyak kenyataan di sosial media sehingga memberi kesan bagi pihak pembelaan.

“Jadi, kami minta perintah larangan itu terhadap masyarakat umum,” kata peguam itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron menyerahkannya kepada budi bicara mahkamah.

Menurutnya, pendakwaan mencadangkan perintah sama dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Bagaimanapun, permohonan pembelaan berhubung perintah itu terlalu umum, had kebebasan bersuara dinikmati oleh semua orang.

“Jika berlaku pelanggaran, apakah remedi yang boleh diambil dalam kes ini?” soal pendakwaan.

Beliau berkata, sekiranya perintah larangan dibuat, golongan sasaran yang lebih tepat perlu dinyatakan.

Hakim, Dr Syahliza Warnoh kemudian hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini.

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas