Connect with us

Oh! Media

Pasang Lampu Biru Untuk Hargai Frontliners, Ini Reaksi Netizen

Trending

Pasang Lampu Biru Untuk Hargai Frontliners, Ini Reaksi Netizen

Bermula malam tadi, bangunan dan persekitaran Putrajaya telah dilimpahi dengan cahayaan biru sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada frontliners sempena Hari Diabetes Sedunia.

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1326769540932513792

Memang nampak cantik dan tenang bila tengok semuanya berwarna biru. Tapi, response dari netizen tak setenang yang disangka. Ramai netizen yang beranggapan jika sekadar menyalakan lampu biru, ia belum cukup untuk membuat para frontliners rasa dihargai.

Rata-rata netizen tak puas hati sebab bagi mereka, ada banyak lagi cara yang kerajaan boleh lakukan. Naikkan gaji ke, beri elaun tambahan ke. Kalau sekadar pasang lampu, bukannya boleh bantu mereka dari segi apa pun.

Bukan hanya netizen, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pun turut sama mempersoalkan keutamaan KKM. Dalam postingnya di Facebook dan Twitter, Syed Saddiq seolah-olah memerli pihak KKM sebab menganjurkan LightUpBlue@Putrajaya ni untuk hargai frontliners, sedangkan ada antara mereka di Sabah yang sedang hadapi kesukaran.

“Mujur ada program ini untuk menghargai semua petugas kesihatan. Jika tidak dinyalakan lampu biru di Putrajaya, mungkin frontliners akan rasa terabai dan tidak dihargai lagi.” – Syed Saddiq

Hm, ohmedia pun tak tahu nak komen apa tentang hal ni. Mungkin betul, ada banyak lagi cara yang kerajaan boleh lakukan untuk buat frontliners rasa lebih dihargai. Tapi, itu bukan alasan untuk kita perlekehkan usaha yang kecil macam ni.

Dari side kerajaan pula, dah boleh juga rasanya pertimbangkan pandangan dan komen dari netizen. Sebab matlamat kita sama je, iaitu nak beri yang terbaik untuk frontliners yang dah bertungkus-lumus demi kesejahteraan negara.

Kredit: Twitter KKM, Syed Saddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas