Connect with us

Oh! Media

Ibu Didakwa Orang Terakhir Bersama, Motif Sebenar Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan Kian Terungkai

Zayn Rayyan

Trending

Ibu Didakwa Orang Terakhir Bersama, Motif Sebenar Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan Kian Terungkai

Sebelum ini kami melaporkan yang ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan telah ditahan pihak polis bagi siasatan lanjut.

ADVERTISEMENT

BACA“Saya Mohon Semua Pihak Bersabar” – Ibu Bapa Zayn Terkejut Kerana Ditahan

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, polis masih berusaha untuk menyelesaikan kes ini selepas keputusan bedah siasat menunjukkan Zayn dibunuh.

Sejak itu pasukan forensik turun ke lokasi kejadian termasuk membuat pemeriksaan di blok kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi mencari petunjuk termasuk kediaman keluarga Zayn Rayyan.

Hasil dapatan dan risikan selama enam bulan itu menyimpulkan pembabitan ibu bapanya dalam pembunuhan ini dan sebab itu mereka ditahan semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ibunya dikatakan ada dengan mangsa ketika kejadian dan dijemput dari tadika pun dia ada. Dalam konteks itu menunjukkan ibu Zayn adalah orang terakhir bersamanya.

Polis mendapat reman seminggu dan hasil dapatan siasatan akan digunakan bagi mendapatkan pengakuan mereka berdua.

Motif sebenar pembunuhan Zayn Rayyan selepas penahanan mereka kini sedang disiasat dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Mereka berdua (ibu bapa) direman seminggu bermula hari ini (semalam) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Penangkapan mereka berpandukan hasil risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas