Connect with us

Oh! Media

“No Photo, No Video” – Puteri Sarah Ditawar RM15,000 Buat Servis ‘Teman’ Datuk

Puteri Sarah Ditawar Jadi Peneman

Oh! Artis

“No Photo, No Video” – Puteri Sarah Ditawar RM15,000 Buat Servis ‘Teman’ Datuk

Hanya menjadi peneman VIP, boleh dapat bayaran sehingga RM15,000. Itulah apa yang didedahkan, Puteri Sarah Liyana apabila seorang wanita yang menyamar sebagai pelakon, Nadia Brian menawarkan pekerjaan itu.

BACA: Puteri Sarah Dedah Bella Astillah Masih Terkejut, Macam Tak Percaya Dah Bercerai

Menerusi laporan Xtra, Puteri Sarah menjelaskan dia dihubungi scammer itu ketika sedang melakukan penggambaran.

IKLAN

Pada mulanya perbualan antara mereka biasa-biasa sahaja namun bertukar menjadi curiga kerana tawaran yang mengarut itu.

Puteri sarah nadia brian

Dia tanya saya boleh tak kalau kita jumpa dengan Datuk malam ini lepas habis shooting, Datuk tu datang dari JB.

Saya bingung, jumpa orang itu sebab ada tawarankah? Penerbit baharukah?

Dia siap pesan pada saya, No Photo No Video. Kita teman je minum-minum coffee dengan bayaran RM15,000.

Terus hubungi Nadia Brian

Sarah juga berkata dia menolak tawaran itu dan terus menghubungi Nadia untuk mengesahkan nombor telefon berkenaan.

Saya beritahulah pasal orang guna nombornya menyamar jadi dia.

Rasanya tempoh hari Nadia ada masukkan dalam Instagram dia.

Saya kemudian screenshot chat itu dan serahkan kepada pihak berkuasa IPD Gombak untuk buat report. Selepas mereka check nombor itu, memang sebenarnya itu nombor scammer.

Nadia Brian juga tampil menjelaskan isu ini dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bukanlah individu itu.

Macam-macamlah orang sekarang ni. Nasib baik Puteri Sarah bijak terus laporkan dekat pihak berkuasa.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas