Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor menyarankan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menunda konsert pada Mac ini kepada satu tarikh lain.
Kata Mufti, mengadakan aktiviti hiburan menjelang Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah.
Memberi respon kepada gesaan tersebut, Pengasas dan Pengerusi Yayasan Nurjiwa iaitu Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa serta Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin tampil dengan satu kenyataan media.
Dalam kenyataan panjang lebar itu, Yayasan Nurjiwa menjelaskan objektif utama Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza dan mengapa ianya diadakan pada 9 Mac.
Tarikh 9 Mac sahaja yang kosong
Jelas Siti Nurhaliza, pihaknya membuat tempahan di stadium nasional sejak awal 2023 namun tarikh sepatutnya konsert diadakan terpaksa ditangguhkan. Untuk tahun 2024, hanya tarikh 9 Mac yang boleh ditawarkan pihak stadium.
Tambahnya, konsert ini tidak dianjurkan untuk keuntungan sebaliknya ianya konsert amal untuk menampung lima kluster kerja-kerja kebajikan.
Untuk membolehkan Yayasan Nurjiwa meneruskan kerja kebajikan tersebut, pihaknya memerlukan dana yang mencukupi. Jadi duit jualan tiket akan disalurkan terus kepada kluster kebajikan berkenaan.
Seperti tradisi bulan Ramadan dan Syawal sebelum ini, pihaknya juga akan terus berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.
Mereka juga mahu mengurangkan beban penderitaan sesetengah golongan termasuk saudara di Palestin. Jadi, Dato’ Sri Khalid merasakan ada baiknya konsert diteruskan.
Hasil pertimbangan dari semua sudut, konsert tak dapat diawalkan atau ditunda kerana akan memberikan implikasi yang besar kepada banyak pihak.
BACA: Dato Sri Siti Nurhaliza Reda Dengan Masalah Vokal Yang Dihadapinya
Kredit: Facebook Siti Nurhaliza
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.