Connect with us

Oh! Media

Dato Sri Siti Nurhaliza Reda Dengan Masalah Vokal Yang Dihadapinya

siti

Oh! Artis

Dato Sri Siti Nurhaliza Reda Dengan Masalah Vokal Yang Dihadapinya

Dato Sri Siti Nurhaliza bersedia jika berhadapan dengan masalah vokal dan pernafasan yang dihadapinya sewaktu proses rakaman album terbaharunya, SITISM.

ADVERTISEMENT

Menurut Siti, dia sentiasa menerima dengan hati terbuka dan reda dengan ketentuan jika suatu hari nanti kemerduan suaranya ditarik oleh sang Pencipta.

Sampai suatu ketika, apabila masalah vokal ini lama hendak pulih, dalam diri, Siti sudah reda jika Allah hendak tarik sikit suara ini.

Pada usia 40-an, kalau Allah hendak bagi suara Siti serak atau kasar, Siti okay sahaja.

Dalam keadaan sekarang, Siti hanya nyanyi ikut kemampuan.

siti

Dalam pada itu, Siti juga menyatakan dia ada rasa sedikit tertekan dengan masalah vokal yang dihadapinya tetapi penyanyi No.1 negara itu memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

Selain kerap bertemu pakar, Siti berdoa depan Kaabah ketika menunaikan umrah, Ramadan lalu. Siti berdoa masalah vokal ini segera pulih dan dapat siapkan proses rakaman album SITISM yang sudah beberapa kali tertangguh.

Sebelum memulakan rakaman, Siti akan warm up suara dahulu baru mula proses merakam lagu untuk album SITISM ini.

Album SITISM adalah album ke-20 yang dihasilkan oleh Dato Sri Siti Nurhaliza dan merupakan album pertama yang dilancarkan secara digital yang mengandungi 8 lapan lagu serta ditambah empat lagu menjadikan keseluruhan 12 lagu sepenuhnya.

Tambahan, album ini turut mengundang penyanyi rock lagenda, Dato’ Awie untuk berduet dalam lagu bergenre tradisional moden, Kalau Berkasih.

siti

Malah, Siti turut sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan lagu Nadi hasil ciptaan Mim Hamzah dan Illi Diyana.

siti

BACA: Ramai Terhibur Dengar Dato Siti Nurhaliza Nyanyi Sumbang Masa ‘Live’

Terdahulu, Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza menyanyi dengan ‘sumbang’ dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia 5 malam tadi buat ramai terhibur

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Korang Dah Tengok Music Video Terbaru Diana Danielle?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • siti
  • siti

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas