Connect with us

Oh! Media

Bukit Aman Siasat Penyebaran Dakwaan Pengakuan Ibu Bapa Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan

Trending

Bukit Aman Siasat Penyebaran Dakwaan Pengakuan Ibu Bapa Zayn Rayyan

Terbaru! Adik kepada bapa Zayn Rayyan yang tidak puas hati dengan penyebaran kononnya fakta kes pembunuhan kanak-kanak autisme di media sosial dan seorang pegawai pemyiasat kes itu telah membuat laporan polis.

ADVERTISEMENT

BACA“Dah Baca ES..” – Bukit Aman Beri Amaran Berhubung Penyebaran Kononnya Fakta Siasatan Kes Zayn Rayyan

Menurut laporan Harian Metro, polis juga telah membuka kertas siasatan mengenai kandungan di yang dipercayai dari sebuan channel di Telegram itu.

Kes ini akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (Pendedahan Maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM).

Orang ramai diminta tidak berkongsi kandungan yang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Perbuatan itu telah mengganggu siasatan dan juga proses pendakwaan di mahkamah kata Hussien.

Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana individu didapati berkongsi kandungan terbabit.

Peguam keluarga Zayn, Fahmi Abd Moin juga berkata yang pihak keluarga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang pada jam 6.40 petang semalam. 

Buat masa ini pihak keluarga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Polis juga sudah memaklumkan akan bekerjasama dengan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) untuk menurunkan kandungan terbabit.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas