
Oh! Artis
“Saya Sangkal Dakwaan Masalah Kewangan Menjadi Punca Perpisahan” – Nora Danish Minta Doakan Yang Terbaik
Semalam, panas tentang isu penceraian Nora Danish dan Nedim Nazri setelah 7 tahun bersama. Susulan itu, timbul pula spekulasi masalah kewangan menjadi punca mereka berpisah. Betul ke ni?
BACA: Nedim Nazri Ceraikan Nora Danish Dengan Talak Satu Selepas Lebih 7 Tahun Bersama
Ketika ditemui, Nora difahamkan meminta semua untuk tidak timbulkan sebarang teori dan menghormati perpisahan antara mereka.
Pelakon itu juga menjelaskan pengalaman sebelum ini membuatkan mereka matang dan bukan mudah untuk mereka mencapai redha pada tahap ini.
Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.
Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil.

Hubungan dengan anak masih baik
Walaupun sudah berpisah, Nora dan Nedim menjelaskan mereka dan anak masih mempunyai hubungan dengan baik.
Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik.
Terdahulu, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan telah dikurniakan cahaya mata yang kini berusia 6 tahun.
Bagusnya Nora dan Nedim ni. Walaupun dah bercerai, masih lagi kekalkan hubungan baik. Apapun, kita doakanlah yang terbaik buat mereka ni.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
