Connect with us

Oh! Media

Perompak Rumah Kieda Crepe Mengaku Tidak Bersalah, Boleh Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM18K

Kieda Crepe

Oh! Artis

Perompak Rumah Kieda Crepe Mengaku Tidak Bersalah, Boleh Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM18K

Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Kieda Crepe pun dah dedahkan muka suspek yang merompak rumahnya dan mereka juga sudah ditangkap. Tapi, difahamkan mereka pula mengaku tak bersalah di mahkamah. Biar betul?

BACA: Kieda Crepe Dedah Gambar Suspek Pecah Rumah Pakai Emas Miliknya

Menurut laporan mStar, kesemua suspek mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Noor Aini Yusof atas kesalahan menyimpan harta rompak dan minta untuk dibicarakan.

IKLAN

Difahamkan kesemua suspek didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan yang boleh dihukum penjara 20 tahun serta denda.

Ada penyakit kronik dan pendapatan rendah..

Katanya peguam tertuduh meminta untuk diikat jamin dengan alasan tertuduh ada masalah kencing manis kronik, mempunyai anak yang masih kecil dan berpendapatan rendah.

Susulan itu, hakim membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM18,000 setiap seorang dengan seorang pejamin.

Perompak

Namun, mahkamah juga meletakkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mendekati Kieda sehingga kes selesai.

Mereka juga perlu menyerahkan pasport antarabangsa dan tidak dibenarkan memohon pasport serta perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan.

Mahkamah juga telah menetapkan 19 Julai ni untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Hmm.. sudahlah merompak, tak mengaku pulak tu. Semoga kesemua mereka diberi hukuman setimpal dari mahkamah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas